DI BUMI NAKKAH
Mereka itu terdiri dari dua golongan hamba Allah yang datang beribadat di sana, iaitu:
( 1 ) Golongan abid dan reda.
a - Datang ke Tanah Suci dengan rasa rendah diri
sebagai hamba Allah.
b - Menumpukan diri dan minda kepada ibadat
kepada Allah, sama ada dalam Masjid Nabawi di
Mdinah dan di Masjidul Haram dan masjid-
masjid lain.
c - Belanja bagi tempat tinggal dan makan minum
dalam keadaan sederhana atau berjimat.
d - Hati dan fikiran tertumpu kepada zaman-zaman
keagungan Islam dan kepimpinan Rasulullah di
Madinah.
e - Tidak memikirkan hal-hal di kampung halaman
termasuk politik.
( 2 ) Golongan berhajat dan ibadat.
a - Datang sebagai pelancong dan mengerjakan
ibadat.
b - Tidak menumpukan kepada ibadat, tetapi pada
menunai nazar atau memohon hajat kepada
Allah di Kaabah atau dalam Masjidul Haram atau
di makam Rasulullah, seperti minta dicalon
sebagai pemimpin atau wakil rakyat.
c - Belanja bagi tempat tinggal dan makan minum
dalam keadaan mewah dan berlebih lebihan.
d - Hati dan jiwa tidak tertumpu kepada zaman Nabi
Muhammad s.a.w., sebaliknya tertumpu kepada
banyak perkara di negaranya, seperti perniagan,
parti politik dan sebagianya.
e - Berdoa kepada Allah di kaki Kaabah untuk
mendapatkan sesuatu atau menjatuhkan kawan
seperjuangan.
Sama ada aku berda di Madinah mahupun di Mekah, sebagai seorang penulis, aku telah mengumpulkan semua yang kulihat, alami dan rasa di sana dan aku berhajat untuk menulis sebuah buku mengenai mengenai ziarahku kedua-dua Bumi Suci itu.
Pada hari-hari aku di Madinah, aku telah melawat ke beberapa tempat kesan sejaraah di sana, di antaranya: Selain dari Masjid an Nabawi aku telah melawat Masajid Quba, Masjid Qablatain(masjid tempat Nabi Muhammad s.a.w. menerima perubahan Kiblat dari Baitul Muqaddis, Palestin ke Masjidul Haraam, Mekah), masjid-masjid dalam kumpulan masjid tujuh, Jabal Uhud tempat peperangan antara umat Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum kafir Quraish dari Mekah dengan sokongan musuh-musuh Islam, di Madinah.Di sana telah gugur syahid para sahabat dan pahlawan Islam seramai tujuh puluh orang.
Aku berdiri sejenak di padang tandus di kaki gunung Uhud. Di situ hatiku dilintas oleh pertanyaan, orang Melayu atau umat Islam di negaraku telah mencapai kemerdekaan sejak 1957, tetapi mengapa pemimpin-pemimpin negaraku tidak berani menegakkan negara seperti yang telah diperjuang dan diwujudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan siapakah yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah di negaraku?
Aku telah melawat hampir semua tempat yang menjadi kesan sejarah di Mekah, di antaranya Jabal Nur (Gunung Cahaya)di dalamnya Gua Hera(tempat Nabi Muhammmad s.a.w. menerima wahyu pertama), Jabal Thur(Gunung Thur) tempat terakhir Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan sabelum berhijarha ke Yathrib (kemudian di namakan Madinatul Munawwarah.)
Pada waktu aku dan isteriku bersama lebih dua ratus orang Islam lelaki dan perempuan dan kanak-kanak melawat kaki Gunung Thur, aku telah mengambil sebutir batu hitam dan catik sebesar buah kurma. Aku telah berkata kepada lelaki pemandu kami, bahaw aku akan membawa balik batu itu ke Malaysia untuk perhiasan. Dia telah melarang aku membawa pulang batu itu, katanya, sesiapa yang membawa balik batu dari Tanah Suci ke negaranya akan menerima kejadian-kejadian-kejadian yang baik. jika aku membawa pulang batu itu ke Malaysia.
Aku telah mengambil juga batu itu dan memasukkannya ke dalam saku jeket yang aku sedang pakai. Sekembalinya kami ke bilik hotel tempat kami tinggal, aku telah menyangkukan jeketku itu dalam lemari dan batu hitam masih ada di dalamnya.
Pada malam itu, kira-kira jam 12.00, ketika aku tidur nyenyak, aku telah beremimpi; sahabat Nabi Muhammad s.a.w., Syyidina Abu Bakar as Siddiq telah datang menemuiku. Dia telah memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepadaku. Setelah kami bersalaman, dia telah meminta aku supaya aku tidak membawa balik batu itu ke Malaysia.
”...batu ini di tanah haram, ente tidak boleh membawa pulang batu ini ke negeri ente, darul kufr...,”katanya.
Aku telah tidak bekata apa-apa kepadanya.
Syyidina Abu Bakar as Siddiq telah membacarakan ayat-ayat Quran (semuanya besifat doa) kepadaku. Katanya, ayat-ayat Quran itu sebagai hadiah daripadanya kepada aku dan sebagai pengganti batu hitam yang aku telah mengambilnya pada siang tadi. Setelah dia memberi salam kepadaku, maka dia pun hilang dari pandanganku.
Aku telah terjaga dri tidur setelah mimpiku berakhir. Kemudian aku telah tidur semula. Pada waktu selesai sembahyang Subuh di Masjidul Haram, aku telah bertanya kepada seorang lelaki Arab yang tua dan alim yang duduk di sebelahku, mengenai mimpiku dan ayat-ayat Quran yang telah diberi oleh Syedina Abu Bakar as Siddik itu.
Menurutnya, mimpiku itu benar, bukan syaitan dan ayat-ayat Quran yang telah dihadiahkan oleh Syyidina Abu Bakar as Siddiq kepadaku itu memang telah diamalkan oleh orang-orang tua Arab di Mekah semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Menurutnya, sesiapa yang mengamalkan doa itu akan mendapat berkat dari Allah dan akan mendapat sesuatu yang tidak diduganya.
Aku pulan bersama isteriku dari Masjidul Haram ke hotel pada waktu Subuh itu. Kerana pesanan orang tua di masjid tadi, maka perkara mimpuku itu, aku telah tidak memberitahu kepada isteriku. Kemudian aku mendapati batu hitam dalam saku jeketku itu telah tiada lagi.
Malam esoknya aku telah merancang untuk menulis sebuah buku mengenai ibadat Umrah dan Haji dan kisah lawatanku ke Haramain (dua Tanah Haram) itu. Pada malam itu juga aku telah meneulis surat kepada Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib meminta dia membantu aku menerbitkan buku tersebut dan buku itu akan diberi percuma kepada umat Islam di Negeri Perak.
Sekembalinya aku ke tanahair, aku telah menulis buku ‘Falsafah Ibadat Umrah Dan Haji’.Kandungan buku yang bersifat pengembaraan dan ibadat itu, mengandungi ringkasan sejarah dua Tanah Haram, panduan melawat sekitar Madinah dan Mekah, ragam orang-orang Arab madinah dan Mekah dan cara-cara amal ibadat Umrah dan Haji.
Dalam buku itu juga aku telah merakamkan ayat-ayat Quran yang aku telah menerimanya dari Syyedina Abu Bakar dalam mimpiku. Tetapi dalam buku itu aku telah tidak menceritakan tentang mimpiku itu, kerana aku tidak mahu akan menimbulkan salam faham di kalangan para pembaca.
Buku itu telah diterbitkan oleh Mata Publication, Kuala Lumpur dengan dibaiaya Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib sebanyak 10,000 buah. Buku tersebut telah diberi percuma kepada umat Islam di Negeri Perak yang akan mengerjakan ibadat Haji dan Umrah di Mekah.
Seperti firman Allah dalam al Quran, iaitu ’sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong-Nya’ , maka aku yakin, Ramli Ngah Talib yang telah bermurah hati menghulurkan wangnya untuk membiayai usaha menerbitkan buku ’Falsafah Ibadat Umarah Dan Haji’ itu – satu amal kebajikan pada jalan Allah, maka Allah telah menolongnya. Mulai 8 Oktober 2001, beliau telah menduduki kerusi Speaker Dewan Rakayat Malaysia.
Pada tahun 1995, aku telah mendampingi anggota-anggota Persatuan Ulama Malaysia, cawangan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.Aku telah mendampingi mereka itu untuk mengetahui secara langsung perjuangan persatuan itu.Aku mendapati perjuangan peratuan sesuai dengan cita-citaku, iaitu kearah mewujudkan Negara Islam di Malaysia.
Atas permintaan Yang Dipertua Persatuan itu, Ustaz Ahmad Abdullah (pada masa itu berjawatan hakim Mahkamah Syariyah Kuala Lumpur) dan ahli-ahli jawatankuasanya, aku memberi kursus menulis buku agama Islam kepada ahli-ahli persatuan tersebut di surau Jabatan Agama Islam, Kuala Lumpur.
Aku telah memberitahu mereka, bahawa peranan alim ulama amat berat dalam negara yang serba maju ini. Mereka hendaklah melayakkan diri menjadi penulis Islam yang aktif, kerana denganpengethauan Islam yang ada pada mereka dapat ditumpahkan melalyi pena mereka untuk bacaan orang ramai.
Kursus itu telah menumpukan kepada cara-cara menulis buku agama secara yang sesuai dengan zaman ini, iaitu berubah dari tradisi atau cara lama menulis buku-buku agama oleh alim ulama Dunia Melayu ada zaman silam. Di antara mereka itu, Sheikh Daud al Fattani (1769 – 1847), Shaikh Nik Dir Pattani ( 1829 – 1898), Tok Guru Wan Ahmd Pattani (1856 – 1908),Tuan Sheikh Husain Kedah (1863 – 1936) , Abdul Rauf bin Ali al Fansuri al Jawi yang telah menterjemahkan tafsir al Quran, al Bidawi (1951M - 1370H) oleh al Imkamul Qadi Nasiruddin abi Sa’id Abdullah bin Umar bin Muhammad asy Syirazi al Bidawi dan beberapa orang ulama lagi.
Semenjak itu aku telah memberi kursus menulis buku Islam secara kelompok kepada para mu’allim yang berminat menulis buku-buku demikian.Mereka itu mempunyai pengetahuan Islam yang baik, tetapi tidak memiliki ilmu cara-cara menulis buku-buku Islam.*
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap BertongkatkanParuh,
(belum terbit),oleh: Mokhtar Petah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.