Thursday, June 14, 2012


Berita dalam 'Sinar Harian, paa hari ini.

AMPUN TUANKU

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.
-------------------------------------------------

Saya amat setuju dengan titah Sultan Johor berhubung dengan bekas Mentgeri Besar Perak, Dato' Seri  Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. 

Ampun Tuaniku. Sebagai rakyat biasa patik memohon apalah kiranya dengan kedaulatan dan kebesaran Tuanku serta dengan nikmat dan hidaya Allah, Tuanku ampunkan keselahan Mohammed Nizar itu. Dia telah mengaku silat dan memohon maaf ,Tuanku.

Kata - kata Mohammed Nizar itu tidak sebesar mana, kalau dibandingkan, betapa orang - orang UMNO rakyat Negeri Johor dan negeri - negeri lain telah melakukan tentangan terhadap ayahanda Tuanku, Sultan Johor, berhubung dengan tindakan Baginda terhadap Gomez.

Ampun Tuanku, patik berharap,Tuanku banyak sabar dan kasihan belas kepada orang yang telah melakukan kesalahan kepada Tuanku. Mudah - mudahan Allah mengurniakan keredaan kepada Tuanku.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.