Sunday, June 17, 2012


AYAH, ANATA KITA ADA SEMPADAN

Pada 'hari bapa' ini ayah,amat ingin anak ayah ini menziarah ayah di luar bumi dan dunia ini, tetapi apakan daya, antara anak ayah dengan ayah ada sempadan dicipta Allah.

Pada hari ini, ayah, anak ayah mengenang ahyah dalam perasaan sedih dan hiba. Entah bila pula ayah ayah akan mengikut jejak ayah ke sana. Hanya Allah menentukan. Seperti yang ayah yakin, sesungguhnya anak ayah ini akan berhijrah ke sana jua. Harap anak ayah, kita bertemu di syurga.

AYAHKU

Anakmu masih ingat, ayah,
Enam peluru api singgah pada dadamu,
Kebalmu bukti seorang pejuang,
Pada zaman ‘parang panjang’,
Senjata orang Melayu yang malang.

Tulang empat keratmu, ayah,
Bagai besi waja,
Ayah memerah keringat,
Tengah panas membakar,
Memungut rezeki Allah dari bumi pusaka.

Pisang bakar,
Daging unggas dan napuh liar,
Dari belukar di belakang rumah kita,
Ikan dari tasik tanpa sangkar,
Mengisi ususku untuk membesar.

Ilmu duniawi dan akhirawi,
Dari ayah kekal dalam diri ini,
Dari kenal diri sendiri,
Hingga Tuhan Maha tinggi,
Dalam diriku ada kemanusia sejati.

Kini ayah jauh di alam baqa,
Anakda masih ‘bertongkatkan paruh’ jua,
Mewarisi semangat dan wasiatmu,
Tegar imanku sang anak bertaqwa.

Ayah, tiba musim di hadapan,
Ke sana juga anakmu dicampak Tuhan,
Kita bertemu jauh dari kepalsuan,
Alam baqa dan syurga aman,
Ayah dan aku ramai warisan.

( Ayahku; Mohd.Petah bin Yusof telah meninggal dunia pada 15 April 2003 dan dikebumikan, di tanah perkubnuran orang Islam, di Kampung Nami, Sik, Kedah ).
 ·  · 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.