Sunday, May 6, 2012

SAJAK




PAKU GAJAH*

Piah,
Perempuan muda Orang Asli,
Manis, rahsia jelitanya,
Sepasang bibir merah, basah,
Bergaya, 
Penduduk Lembah Paku Gajah.

Piah,
SPM Sek.Mengangah Tun Saban,
Pengkalan Hulu, Perak,
Kerana cinta agung,
Tinggalkan ibu bapa,
Bersama kekasihnya ke Tanah Rata.

Piah,
“Saya orang Kristian,
Kami tak tau agama Islam,
Ingin ada tapi tak kenal,
Tak ada orang Islam seru kami,
Di lembah kami,” ujarnya.

Piah,
“Kami orang Melayu juga,
Orang Melayu asal kami,
Temiar,Negrito, Jakun banyak lagi,
Tapi orang Melayu tiak suka kami,
Kami oang utan tak moden,” suara Piah sedih.

Piah,
Saban hari menapak di bendar Tanah Tinggi,
Bekerja membantu suami setia,
Pemandu lori sayur,
Cinta mereka laksana di bawah kabus gunung,
Entah laksana bunga di bawah suria.

Piah,
Tiada cahaya mata,
Bibit suami tidak bertunas dalam rahimnya,
Kerana merancang tidak mahu anak,
Makan ketis belalang dewa,
Air rebusan tunjuk langit rimba.

Piah,
Saban hari,
Berladung air mata dan tumpah ke pipinya,
Melihat bayi didukung ibu,
Hatinya didera kepingin anak,
Piah, benci cinta tanpa anak.

Piah,
Katanya,“Kalau siami saya orang Islam,
Saya tak sedih begini,
Sepi macam gua tiada penghuni,
Ada rahim tak ada anak,
Hidup saya macam paku gajah.”

Cameron Highland ................ ...... Mokhtar Petah

* Ulangan

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.