Sunday, May 20, 2012
SAJAK
BUKIT CHANDAN
Bukit Chandan,
Namamu merakam sebuah nama,
‘Pokok renek’ ubat manusia,
Dari bibir sungai Perak,
Ke pinggir rimba Padang Changkat,
Meredah ke tepi Sungai Kangsar.
Terukir namamu dalam sejarah kita.
Bukit Chandan,
Kudakap dada langit,
kuusap dada bumi,
Namamu dunia diraja,
Masjid Allah - Ubudiyah’,
Melaung insan taqwa, reda,
Sementara mengembara ke pusara.
Bukit Chandan,
Istana tua mulai uzur,
Usang, sepi istana Iskandariah,
Berpagar batu memisah dan terpisah,
Berbeza dengan zaman lalu,
Sultan Iskandar, Yusuf dan Idris Shah,
Rakyat jelata datang makan gulai berkawah.
Bukit Chandan,
Bertanya semua rakyat jelata,
Sultan kita di mana?
“Tutup mulutmu,
Jangan bertanya apa - apa!”
Makam Raja tegak di bumi,
Semua Raja ke sana pulang mereka.
Bukit Chandan,
Madrasah Idrisiyah lanjut usianya,
Asal mula Madrasah Mariah,
Melahirkan ramai ulama,
Dalam usiamu yang lanjut,
Ramai penuntut dalam dadamu,
Bakal pemimpin umat manusia.
Bukit Chandan,
Kini anak - anakmu Adam dan Hawa,
Mengenangmu,
Melakar sejarah ‘Kampungku’ mulia,
Sedu mereka ber’air mata’,
Keranamu tempat lahir mereka,
Waris bumimu tanah pusaka.
* Chandan. Sejenis pokok renek (boleh jadi ubat sakit kencing
manis, darah tinggi. Ada yang berpendapat, pokok itu gemar
dimakan kucing. Atau semak semun yang terhias.
Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan ………………..Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.