RENUNGAN PADA HARI JUMAAT
KEMANA HENDAK KITA TUJU?
Peristiwa
bersih 3 - 0 baru - baru ini yang menajdikan Bandara Kuala Lumpur seperti Bandar
Kahirah, Masir dan Bandar - bandar lain di seluruh dunia; Kerajaan menuduh para
tunujuk persaan salah dan para penunjuk perasaan menuduh kerajaan ‘kotor’, lalu
hendak dibersihkan.
Dari
peristiwa itu, menjadikan fikiran kita terbuka untuk mencari falsafah:
Berburu di
padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Menurut kepalang dasar,
Alamat kita terkekang kaki.
Parti
politik mana yang hendak kita ikut dan dasa politik mana yang kita fikirkan
baik untuk diharapkan.
Lalu kita
membuat andaian yang membimbangkan kita sebagai orang Melayu dan beragama
Islam.Maknanya dalam pilihan raya umum ke - 13 nanti , parti politik mana yang
henak kita beri pankah hormat kita itu. Untuk member sedikit pangkah dari pena,
dakwat dan kertas percuma itu, kita wajib berfikir untuk diri kita dan anak
cucu kita.
1 - Jika kita memilih UMNO - Barisan
Nasional, bermakna kita duduk ditakuk lama jua, iaitu masih berpegang kepada
dasar Nasional dan kapitalisme. Harapan bagi orang Melayu untuk mentasai bangsa
- bangsa lain, seperti ‘ kata puru berlawanalari dengan kancil’ Cuma.
Bangsa Melayu akan terus ada, tetapi laksana tumbuhan atas batu; hidup
segan mati tak mahu’. Atau, mungkin, kita akan menerima nasib seperti orang -
orang kulit hitam yang Negara mereka dikuasai oleh orang - orang kulit putih.
Mungkin juga, sebiolangan besar dari bangsa Melayu merempat di bumi pusaka
datuik nenek mereka sendiri.Akan bernhyanyilah anak cucu Melayu:
Kajang tuan kajang
berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagang
bertempat,
Dagang saya
rumput layu.
Eslau bagaiamanapun UMNO - BN masih mempertahankan Islam menurut
Perlembagaan Negara, seperti dalam Perlembagaan Persekutuan, bahagian 1 (3) Agama
Persekutuan 1- Agama Islam ialah agama
Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana - manan bahagian Persekutuan.
2
- Jika kita memilih parti politik
pimpian Anwar Ibrahim, iaitu Parti
Keadilan Rakyat (PKR), parti politik itu
berlawanan dengan dasar
UMNO,iaitu berdasarkan sosio - demokrasi
(ertinya mengamalkan sistem
Sosialis dan berlandaskan
demokrasi. Ia, sama dengan Demoract Action
Party (DAP) yang dulu satu
badan dengan PAP Singapura, setelah
terbentujk Malaysia,
iaitu terepisah dan menjadi adik angkat kepda parti
politik Singapura itu.
Parti - parti politik ini akan memerintah negara ini seperti
pemerintahan
Singapura sekarang.Tidak ada satu bangsa pun dalam Negara ini yang
berhak mengakui ‘bangsa’menurut pusaka datuk nenek mereka. Mereka hanya bangsa
satu, iaitu bangsa Negara ini atau Malaysia.
Semua hak istimewa orang Melayu, seperti tanah Malays reservision (simpanan
Melayu) akan terhapu. Dan semua yang ada hak bagi orang Melayu akan berubah
menjadi sama rata dengan kaum - kaum lain.
Manakala agama Islam, boleh berjalan atau bergerak seperti dalam
kerajaan Barisan Nasional sekarang.
Satu hal yang patut difikiran; jika hak Melayu telah terhapus, maka,
kerajaan bercorak sosio - demokrasi tentulah tidak perlukan lagi ‘Raja Melayu’.
Apa hendak dirajakan, kerana bangsanya tiada.
3 -
Kita boleh menyokong PAS, mungkin PAS yang berpandukan Islam, dalam Negara
Islam, bangsa tetap ada, tetapi Islam menjadi dasar Negara. Tetapi, kita kena
perhatikan kembali akan ‘salah dan silap’ Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul
Razak serta rakan - rakan utama mereka dalam UMNO dan pihak Raja Melayu yang mengubal
‘Perlemabagaan Persekutuan’ bersama para pemimpin parti politik orang Cina dan
parti politik orang India dengan tunjuk nasihat Inggeris, tentulah sukar untuk
meminda Perlembagaan Negara pada bahagian 1 (3) Agama Persekutuan 1- Agama Islam ialah agama Persekutuan; tetapi
agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - manan
bahagian Persekutuan.
Jika berjaya membentuk Negara Islam, bukan Islam ‘ausatuha’ seperti yang
dilaungkan UMNO, maka, Negara Islam yang baru akan menghadapi tentangan dari
orang - orang yang tidak menyukainya. Akhirnya akan berlakukan seperti Negara
Islam yang dibentuk ‘Toliban’ di Afghanistan dan Negara Republis Islam Iran, yang
sentiada diburuk - burukkan oleh sebilangan musuh Islam dalam Negara sendiri
dan orang - orang luar.
Akhirnya, kuasa - kuasa besr dunia akan
melakukan tindakan seperti yang dilajukan ke atas Afghanistan, Iraq, Libya dan Negara
- Negara lain.
Cubalah berfikir!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.