RATIB RAKAYAT
(Ulangan)
Allahu Akbar!
Tahun keramat
empat puluh lima,
Suara para
pejuang bangsa:
“Satu bangsa;
Bangsa Melayu,
Satu Negara:
Negara Melayu,
Satu bahasa:
Bahasa Melayu,
Agama Islam
agama Negara.
Allahu Akbar!
Gema ratib
pejuang kita,
Melayu
Nusantara;
Ibrahim
Yaakob, Abhy, nama penanya,
Ishak Haji
Muhammad, pak Sako nama mulia,
Dr. Buhanuddin
Helmi beriman, takwa,
Ustaz Abu Bakar
Al Baqir pejuang Negara Islam,
hmad
boestaman, Shamsiah Fakeh wira, seri kandi negara.
Allahu Akbar!
Melayu tak
hilang di dunia,
‘Bangsa Melayu
menggugat dunia,
Semua raja
Melayu tentang perjuangan kita,
Tidak mahu
merdeka!
Sayangkan
Inggeris, kiju dan mentega.
Allahu Akabar!
Merdeka!
Merdeka! Merdeka!!!
Ratib kita,
jerkah kita, pekik gempita kita,
Bangsa Melayu
gugat dunia,
Jihad kita,
darah, daging, tulang dan nanah,
Demi bangsa
kita, negara kita, Islam agama kita.
Allahu Akbar!
Empat lapan
dan lima puluhan,
Tahun – tahun
penjajah menggila,
Ratib mereka,
ratib kita,
Bangsa kita,
Negara kita,
Bahasa kita,
Jeriji besi,
Tembok batu,
Kawat berduri,
ISA dan khemah
tahanan di mana – mana,
Belenggu para
pejuang bangsa kita.
Allahu Akbar!
Ratib kita,
ratib ummah, ratib wali,
Bulan keramat
Jun lima enam,
‘Biduk lalu
kiambang bertaut’
Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu,
Ratib bahasa
ibunda, ratib berdaulat,
Wujud dbp
gedung keramat ratib bahasa,
Ratib penulis,
ratib sasterawan bangsa,
Ratib pencinta
bahasa ibunda,
Bahasa Melayu
bahasa negara,
Bahasa Jiwa
bangsa!
Merdeka!
Merdeka!! Merdeka!!!
Allahu Akbar!
Ratib anak
Melayu setia,
Berjuang terus
demi agama kita,
Sayang! Para
pemimpin tidak sekata,
Ramai menganut
faham asobiah,
Yahudi,
Kristian dan faham menentang Allah,
Lalu Melayu
bebelah - belah.
Allahu Akbar!
Tentang hukum
Allah,
Kurung hamba –
hamba –Nya,
Lunturkan
yakin dan iktikad,
Konon, praktik
hukum Quran salah,
Lalu memanjang
Melayu berbalah.
Allahu Akbar!
Ratib anak
Melayu setia,
Mata merenung
hati waspada,
Di sekeliling
kita,
Rambung, jerai
bersama dendalu,
Menumpang
setia di pepohon keramat,
Akibatnya,
pepohon mati hilang nama.
Allahu Akbar!
Ratib Insaf,
ratib waspada,
‘Si buta
hilang tongkat’, ialah kita,
‘Menang sorak
kampung tergadai, adalah kita,
‘Dagang
merempat di bumi sendiri’, kita jua.
Allahu Akbar!
Jika Islam
ditepi – tepikan,
Quran tidak
jadi pegangan,
Sunnah Rasul
diabaikan,
Antara azan
ada suara biduan wanita,
Para remaja
kita hilang arah.
Allahu Akbar!
Ratib keramat
Allahu Akbar,
Kun fa yakun! firman Allah,
Iradat – Nya,
Kudrat – Nya;
Sekelip mata
cuma,
Melayu hilang
di dunia!!!
Kota Gelenggi, ...…………….Mokhtar
petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.