Thursday, May 3, 2012





KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                    MEMATUHI KEBENARAN

Belum sampai masanya lagi bagi orang - orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mentaati peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al Quran) yang diturunkan kepada mereka ( Allah menujukan kepada orang - orang Islam yang tidak bersungguh - sungguh menjalankan segala hukum atau perintah dalam agama Islam). Dajangan pula mereka menjadi seperti orang - orang yang diberijkan kitab (Taurah, zabur, Injil dan suhuf Allah) sebelum mnereka, setelah mereka melalui masa yang panjang, maka, hati mereka menjadi keras (menentang hukum - hukum Allah dalam kitab - kitab), dan ramaiu di antara mereka orang - orang fasik - jahat dan derhaka kepada Allah.*
 - al Hadid (besi):16.

* Pada masa ini ramai dari bangsa Melayu yang enggan mengikut atau mengamalkan sebikangan hukum - hukum Allah dalam Quran. Mereka lebih cenderung mengikut  hukum ciptaan manusia, seperti oleh cendekiawan Yahudi dan Kristian.
Contohnya: 
1 - Mereka tidak mengamalkan hukum dalam seksyen hudud dalam Islam, sebaliknya mereka mengikut undang ciptaan mnanusia. Kerana mengikut atau mnengamalkan hukum dalam Quran tidak menguntungkan permerintah atau kerajaan.
2 - Judi, arak dan riba ada hukum haram dalam Quran dan Hdis, tetapi mereka yang cenderung kepada undang - undang ciptaan manusia, mengadakan lesen untuk menghalalkan. 


                            MENYIKSA KUCING

Wanita - wanita yang gemar memelihara kucing, eloklah perhatikan Hadis berikut ini.Elak dari melakukan penyiksaan ke atas kucing, lebih - lebih lagi seperti yang diberitahu oleh Nabi Allah ini.

"Ada seorang permepuan disiksa sebab seekor kucing, iaitu dia mengikat kucing itu hingga mati, dia masuk neraka. Kucing itu tidak diberi makan dan minum pada ketika dalam ikatan dan membiarkannya makan tanah, maka, perempuan itu masuk neraka. - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.