KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS
BERLAKU ZALIM
... al Quran yang Kami (Allah) wahyukan kepada kamu (Muhammad s.a.w.) ialah yang benar, yang tetap mengesahkan kitab - kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam - dalamnya akan keadaan sekalian hamabaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.
Kemudian Kami (Allah) jadikan al Quran itu diwarisi (dipusakai) oleh orang - orang yang Kami(Allah) pilih dariu kalangan hamba - hamba Kami (Allah) - iaitu umat Muhammad s.a.w. Sungguhpun begitu, di segi amalan, ramai yang melakukan dosa, ada yang sederhana dam ada yang nendapa taufik dan hidayat menjadi orang yang taat yang sungguh - sungguh kepada Allah -; maka ada di antara mereka yang melakukan kezaliman kepada sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran dan hukum dalam al Quran). Dan ada di antara mereka bersikap sederhana*, dan di antara mereka pula mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu, ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata - mata). - Faatir:31,32.
* 'Ada di antara mereka bersikap sederhana'. Saya melihat, Kerajaan Malaysia, walaupun menolak Negara Islam dan menolak hukum hudud, tetapi telah melaksanakan banyak perkara kebaikan dan kebajikan mengikut Islam dan dengan izin Allah.
TNAH TIDAK DIUSAHAKAN
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
Sesiapa yang memiliki tanah (pertanian) hendaklah ditanaminya (dengan tanaman yang berfaedah), atau dia serahkan kepada saudaranya untuk mengusahakannya (bercucuk tanam). Tetapi, kalau dia enggan (berbuat demnikian), maka (pemnerintahan Islam) hendaklah menahan tanah tersebut.
- Perawi: Imam Muslim dan Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.