Berita dalam 'sinar Harian', pada hari ini.
MUZAKARAH UMNO - PAS
Muzakarah atau apa - apaan yang bersifat runding muafakat, antara UMNO dengan PAS atau bersama orang Melayu, saya kira amat mudah. Iaitu bawa Quran sebagai induk dasar. UMNO sedia atau sanggup meminda perlembagaannya mengenai agama Islam, sekurang - kurangnya seperti dalam perlembagaan PAS.
UMNO bersetuju dan meneruskan perjuangannya untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia, dan UMNO menghapurkan penentangan atau penolakan, iaitu tiak mehu mengguna atau mengamalkan undang - undang hudud seperti yang dinyatakan dalam Quran.
Dalam musahakarh atau apa- apaan itu dua parti politik Melayu itu mengadakan ikrar atau biayaah, iaitu mereka tidak akan hentam mengentam, memfitnah, memburuk - burukkan sesama mereka, iaitu orang UMNO terhadap orang PAS dan orang PAS terhadap orang UMNO.
Sama - sama kembali kepada ajaran Islam dan menolak nasional - kapitalisme seperti yang diamalkan UMNO dan BN sekarang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.