Friday, April 20, 2012


PANTUN JUMAAT


Habis tahun berganti zaman, 
Badan  merempat di rantau orang,
Membawa diri hala Temasik;
Tengah malam terjaga badan,
Terkenang ayah telah berpulang,
 Dalam pusara di daerah Sik.


Labu sebalah jangan ditinggal,
Timun muda bawa bersama, 
dapat makan seisi rumah;
Iibuku telah lama meninggal,
Bertahun - tahun kukenang dia,
Lahad  aman di kampung  al Ma'unah.


Sebuku benang hendak di bawa,
Sejengkal dua letak di surau,
Jangan dibiar orang usik; 
Aku terekenang ibu mertua,
Meningal atas  jambatan Teberau,
Badan dikebumi di pusara Temasik.*


"Aya, emak, emak! Saban malam anak kalian baca al Fatihah untuk kalian di syurga."


*  Dengan menyebut nama Allah,
    yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
    Segala puji bagi Allah,
    Tuhan semesta alam.
    Maha Pemurah lagi Penyayang.
    Yang menguasai hari pembalasan.
    Hanya kepada Engkau kami menyembah,
    dan kepada Engkau kami mohon pertolongan.
    Tunjukkanlah kami jalan yanb lurus,
    Jalan mereka yang Engkau telah kurniakan nikmat,
    kepada mereka.
    Bukan (jalan) mereka yang dimurkai,
    dan bukan (juga jalan) mereka yang sesat, 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.