MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS
KEREDAAN ALLAH
Jadikan diri kamu berdampingan dengan orang - orang yang beribadat kepsada Tuhan mereka, pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan* Allah semata - mata; dan jangan kamu memalingkan pandangan kamu daripada mereka, hanya kerana kamu mahukankan (menagih) kesenangan hidup di dunhia;dan jangan kamu kamu mematuh orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam al Quran, serta menurut hawa nafsunya dan tingkahlakunya pukla adalah melampaui kebenaran.
- Al Kahfi:28
* Keredaab Allah. Pada masa ini, sama ada ulama dan orang - orang tahu ilmu Islam, mengajar orang ramai dengan perkataan yang kira - kira: "Beribadatlah, Allah akan beri pahala, Allah akan masukkan ke dalam syurga". Percakapan ini seolah - olah orang ramai atau manusia itu buruh Allah; bila bekerja atau beramal mahukan upah atau balasan. Orang mukmin dan mukminat sejati, tidak mengharapkan balasan (walaupun dalam Quran Allah telah berjanji akan memberi balasan), tetapi terserah kepada Allah, yang penting atau utam, mahukan keredaan Allah.
BERSATU DENGAN ORANG KAFIR
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesiapa (orang muslim pada masa perang sabilullah), bersatu dengan orang - orang kafir musyrik (yang menduakan Allah, iaitu kafir/Qurisy,Yahudi, Kristian, Majudi, Hindu - Budha dan lain) an tinggal bersama - sama dengan mereka, maka dia sama dengan orang musyrik tersebut.
- Perawi: Abu Daud.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.