ISA PUSAKA TEMPLER
"Melalui peruntukan Seksyen 4 Sub-Seksyen 3, 'tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya," - Najib.
Saya menyanjung tinggi akan usaha dalam perjuangan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk memperbaiki undang - undang, khusus dalam 'KEINSANAN DAN KEADILAN SEBENAR'.
1 - Saya berharap, akata batu yang menggantikan ISA, akan menjamin ke adilan menujrut falsafah '
kemanusiaan sejagat.
Saya amat berharap, kita semua akan dapat mengamalkan ajaran Allah kepada Nabi Daud alaihis salam, iaitu supaya Nabi Daud menjalankan undang - undang dengan adil ke atas manusia, seperti yang dinyatakan salam al Quranul karim.
Mudah - mudahan dan insya Allah, Najib sentiasa dalam keredaan dan pertolongan Allah Subhanhhu wa Taala.
2 - Pada zaman seluruh Tanah Melayu, hingga pulau Singapura di bawah kuasa kuasa Undang - Undang - , pada tahun - tahun para Pesuruh Jaya Tinggi British, termasuk Sir Gerald Templer berkuasa dan menjalankan kuasa macam 'askar Yahudi berkuasa atas orng - orang Palestin', kuasa kuasa Internal Security Acat (ISA) dijadikan satu tasik neraka bagi manusia di negara ini.
Kemudian setelah negara kita mencapai kemerdekaan hingga kepada kerajaan Malaysia di bawah PM Najib Tun Razak, IAS menjadi pusaka para Pesuruh Jaya British termasuk Sir Geral Templer untuk dijalankan oleh Kerajaan negara kita.
Al hamdulillah undang - undang yang berlawanan dengan Quran - agama Islam itu, telah di anggap basia dan digantgikan dengan undang - undang baru.
Di sini saya, tidak hendak membincangkan undang - undang baru ganti ISA, tetapi hanya mengenangkan, bahawa nama kami para penulis Melayu menjadi terkenal dengan nama bunga atau nama samaran, ialah disebabkan Kerajaan Inggeris 'zalim dalam mesra' dan undang - undang (tanpa mahkamah) ISA. Semuqa rakyat macam gadis dipaksa kahwin dengan lelaki yang tidak diciantainya, iaitu 'reola dalam paksaan'.
Kami, para penulis Melayu, hampir semua, menulis artikel, cerpen dan saya, hatta buku - buiku roman dan novel ada unsur politik nasional dan Islam atau sosio-nasional. Pada masa itu, sesiapa yang menulis demikian, bererti seperti telah mendapa teket ke penjara atau ke khemah tahanan yqang terkenal dengan ' kawat berduri'.
Maka, menuolis tetap menulis, makan, kami terpaksa menjadi seperti 'kera duku' memakan buah buahan pada waktu malam, pada waktu pagi kulit buah - buahan bersebat di bawah pokok, maka, orang menyalahkan ' kera siang'.
Kemi semua, iaitu nama kami yang benar terpaksa menjadi seperti "kera duku pada waktu malam'. Misalnya, Ibrahim guna nama samaran, Baji Besi.
Dengan nama samaran itu, penjajah Inggeris dan para mata gelap mereka tidak mengetahui nama sebenar orng yang menulis sesuatu artikel dan lain.
Para penulis dan pembaca pada masa ini, mungkin tidak mengetahui secara langsu perkara itu. Yang mereka menahu dan
kenal, ialah nama - nama samaran penulis sahaja.
Di antara penulis yang terpaksa memakai nama samaran, ialah: Iskah Haji Muhammad - Pak Sako atau Hantu Raya dan lain, Abdul Samad Ismail - Asmal dan lain, Abdullah Sani - Ahmad Boestamam dan Ruhi Hayat, Kamaluddin Mohamad - Kris Mas dan Osman Awang - Tongkat Warant .
Setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, para penulis tidak takut lagi dan tidak menjadi ' kera duku lagi', tetapi mereka masuh terus menggunakan nama samaran. Nama - nama mereka menjadi terkenal.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.