DUA PEMIMPIN KITA
Elakkan jadi 'nangka di sumpah beruk'
Perdana Menteri Malaysia, Dto' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Pahang)dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Johor). Mereka dua pejuang yang menyambung perjuangan bapa masing-masing dan orang Melayu pada zaman lalu. Hati masing-masing wujud ketulusan dan hala tuju bersama untuk membina Negara Ma...laysia yang bertuah ini.
Walaupoun ada desas desus di Johor, ada oran - orang Muhyiddin Yassin kurang minat kepada Najib dan ada bisik di Pahang, tidak puas hati dengan karenah Muhyiddin Yassin, tetapi hal itu boleh diangga sebagai salah anjing pada petang hari, kerana ' menyalak bukit'.
Kalau mereka diibaratkan dua rakan kasteria bangsa, maka, mereka sanggup berjuang sehingga tubuh masing-masing luruh bersama di medan perjuangan. Kalau diibaratkan mereka dua kekasih, maka kesetiaan mereka amat murni sifatnya, iaitu antara mereka sanggup menyerahkan nyawa, demi agama Islam, demi bangsa dan demi negara ini.
Kalau roboh Kota Melaka,Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
Angkut-angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah;
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tidak berubah.
NANGKA DISUMPAH BERUK
Sesungguhnya, kita yakin, bahawa kerjasama, muafakat, berjuang seiring jalan dan kesetiaan Najib Tun Razak dengan Muhyiddin Yassin dapat menyatu-padukan semua ahli UMNO, parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional dan rakyat negara ini yang terdiri dari berbeza kaum dan agama.
Kita rasa bangga, dan menggantung harapan kepada Muhyiddin Yassin dan Najib Tun Razak; mudah-mudahan dengan kerjasama mereka, akan membuahkan hasil yang tidak seperti ‘buah nangka disumpah beruk’. Diharapkan, semua orang Melayu di bawah pimpinan mereka akan seperti falsafah orang Melayu berikut ini:
Yang capik datang bertongkat.
Yang buta teraba-raba.
Yang tuli leka bertanya.
Yang kecil terambil lintang.
Yang jarak tolak-tolakan.
Yang pendek tertinjau-tinjau.
Yang kurap mengekor angin.
Yang pekak membakar bedil.
Yang buta menghembus lesung.
Yang lumpuh menghalau ayam.
Yang pekung penjemuran.
Yang kurap memikul buluh.
Yang cerdik teman berunding.
Yang bingung disuruh arah.
Yang berani dibuat kepala lawan.
Yang ada dimakan bersama.
Hati gajah sama dilapah.
Hati kuman sama dicecah.
Duduk sama rendah.
Berdiri sama tinggi.
Bulat air kerana pembetung.
Bulat manusia kerana muafakat.
Runding jangan selisih.
Mufakat jangan bersanggah.
Tuah pada sekata.
Berani pada seia.
Berat sama dipikul.
Ringan sama dijinjing.
Sama sakit sama wenang.
Ke bukit sama didaki.
Ke lurah sama menurun.
Sama mengayun sama melangkah.
****************************
.BERTEMU YANG DIPERTUAN AGONG DI PUNCAK DINGIN
"U pergi ke Cameron Highland, subuh esok, interview baginda di padang golf fasal Soekarno dan konfrantasi Indonesia ...," suara Samad Ismail parau, pada jam 9.00 mengarah saya ke puncak dingin di Pahang pada tahun 197- - an.
Pada masa itu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Perdana Menteri Malaysia.
Samd Ismail seorang wartawan yang 'tidak p...ernah memandang sukar untuk mendapatkan berita'. Dia mengarah saya seolah - olah saya akan menemui seorang petani atau nelayan cuma.
Saya sedar, tugas saya itu berat, ' interview Yang Dipertuan Agong mengenai calas dua negara - Indonesia dan Malaysia.
Jam 3.30 pagi itu, saya bersama jurugambar Lee Foo San meluru ke puncak dingin Cameron Highland. Saya mesti interview Yang Dipetuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'dzam Shah - Yang Dipoertuan Agong mulai 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.
Pada subuh itu saya mengadap Yang Dipertuan Agong di Padang golf puncak dingin tersebut. Setelah saya merafakkan hasrat saya, baginda senyum dan bertitah, "...baguslah, mai kita pi ..., sambil bercakap."
Saya tidak terus kepada 'to tha miont'. Saya bercakap dengan banginda menfenai Nefgeri Kedah, asall usul Raja Kedah dan hingga nNegeri Kedah sebagai jelapang padi.
"Konfrantasia tak lama, kita akan baik semua, kita (Malaysia dengan Indonesia) bersaudara, carik - carik bulu ayam, cantum semula," titah Yang Dipertuan Agong sebaik - baik percakapan kami berlegar mengenai konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia.
Pada ketika itu wajah Preside Soekarno, Sobandrio, Adam Malil dan beberapa menteri Republik Indonesia berlegar dalam kepala saya.
Di akhir perjalanan Yang Dipertuan Agong, saya, Lee Foo San dan beberapa orang lain dalam padang golf di puncak dingin itu selesailah interview saya.
baginda me mpersilakan saya dan Lee Foo San minum pagi bersama Baginda dalam rumah kelab golf tersebut.
Sultan Abdul Halim Mu'dzam Sham menduduki takhta Yang Dipertuan Agong pada masa putera Tun Abdul Razak, Dato' Seri Mohd. Najib memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ini. - Mokhtar Petah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.