Dari buku.
BIAR MATI ANAK JANGAN
MATI ADA
”Ghaja lain bolehle ampun...,
tapi aku tak, hee, tak sior ngampun dosa oghang weh ..., dosa aku sendighi pun
tak tertanggung ..., Aku ni, macam kate hikmat oghang Melayu, bior mati anak
jangan mati adat (undang - undang)[1],
Allah aje yang mengetahui ...,” titah Sultan Idris Shah.
Pada satu malam dalam bulan Puasa, telah berlaku satu kejadian menggemparkan penduduk-penduduk di sekitar
Bukit Chandan, kerana seorang remaja anak jirannya yang masih menuntut di
sekolah menengah, terkena peluru dari senapang adik kepada Sultan Idris, Raja
Ahmad Saifuddin bin al marhumSultan Alang Iskandar . Nama timang - timangannya,
ialah Engku Tam.
Perkara itu telah menjadi perkara atau kes
polis. Sultan Idris Shah, adalah seorang raja pemerintah yang tegas dan
berpegang kepada falsafah dan adat Melayu, iaitu, ’biar mati anak jangan mati
adat’. Baginda tidak mahu campur dalam perkara itu, seperti menggunakankan
kuasa Baginda membatalkan perkara tersebut. Adinda Baginda sendiri telah
melakukan kesalahan, maka dia mesti dibicarakan dan terpulang mahkamah
menentukan hukumannya. Berikut ini adalah tulisanku untuk sebuah surat khabar
Melayu:
”Aku tak campur,
cederakan orang, ...bunuh orang, aku tak boleh ampun, kerja Allah Taala...,”
titah Sultan Idris Shah kepada adindanya, Raja Ahmad Saifuddin atau Engku Tam.
”Ghaja lain boleh ampun, tapi aku
tak, ...hee, tak sior ngamun dosa oghang weh, dosa aku sendighi pun tak tertanggung
...., Allah aje yang tau ... Aku ni, macam kate hikmat oghang Melayu, bior mati anak
jangan mati adat (undang - undang)[2],
Allah aje yang mengetahui ...,” titah Sultan Idris Shah.
Sultan telah bertitah kepada adindanya pada hari yang kedua setelah
polis menjalankan penyiasatan ke atas Engku Tam kerana sabit dengan satu
kejadian dia telah menembak seorang penuntut yang menjadi jirannya.
Kejadian itu telah berlaku dalam
bulan puasa dalam tahun 1970-an, iaitu pada satu malam yang hampir dengan
malam tujuh likur, penuntut itu bersama rakan-rakannya sedang bermain mercun
dan panjut di halaman rumah mereka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Pada Malam itu Engku Tam sedang mengalami
kerunsingan..... Dia telah mempunyai isteri pertama dari keturunan raja juga dan
mempunyai beberapa orang anak.
Setelah polis menjalankan penyiasatan,Engku Tam telah
pergi ke Istana Iskandariyah untuk mengadap kekandanya, Sultan Idris Shah dan
dia telah memohon kekandanya memberi pengampunan diraja sekiranya pada hari
perbicaraan dalam Mahkamah Tengah dia didapati bersalah.
Memang telah menjadi kelaziman kepada
Sultan-Sultan di Tanah Melayu memberi pengampunan kepada saudara mara dan
keluarga mereka kalau mahkamah mendapati mereka bersalah melakukan sesuatu perbuatan
jenayah.
Sultan Johor, Sultan Ismail pernah
mengampunkan anaknya. Hakim yang membicarakan kes itu ialaha Hakim Raja Azlan
Shah (kini Yang Dipertuan Agong) dan pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya
Tan Sri Salleh Abas (sekarang Tun).
Sultan Idris tetap tidak mahu mengampun
adiknya jika didapati bersalah.
Pada masa itu Raja Arif Shah menjadi majistret
Mahkamah Rendah Kuala Kangsar.
Kerana perbicaraan
atas Raja Tam akan diadakan di Mahkamah Tengah, maka Mahkamah Rendah Kuala
Kangsar akan bertukar (sementara) menjadi Mahkamah Tengah dan Presidennya
seorang Cina dari Pulau Pinang.
Kira-kira seminggu sebelum perbicaraan
dijalankan, Kadi Mahkamah Syariyah Kuala Kangsar, Allahyarham Haji Zakaria bin
Mat Dohor[3]
menjemput saya datang ke pejabatnya kerana menurutnya ada perkara mustahak nak
dibincangkan.
Allahyarham Haji Zakaria, setelah bersara dari
jawatan kadi, dia telah bertanding sebagai calon PAS dalam kawasan Dewan
Undangan Negeri- Belanja - , Parit, Perak.
Saya telah tiba di pejabatnya dan saya mendapati Allahyarham Raja
(Dato’) Hanif Shah bapa saudara Sultan Idris, Raja Arif Shah majistret (bapa
mertua Sultan Idris) dan Allahyarham Ustaz Najmuddin bin Haji Ahmad (Guru Pelawat agama
sekolah-sekolah Kebangsaan daerah Kuala Kangsar).
Sebaik-baik sahaja saya memberi salam dan
mengambil tempat duduk di sisi Raja (Dato’) Hanif Shah, Haji Zakaria berkata, ”
Ha, dia ni boleh beri fikiran.”
Saya telah merenung wajahnya dan wajah-wajah
di kiri kanan saya. Mereka merenung kepada saya.
”...apa, apa hal ni?” Saya bertanya.
”Begini...,”Raja Arif Shah bersuara.
“...Tuanku titah kami cari jalan, macam mana nak buat,...ialah Tengku
Tam yang nak bicara seminggu lagi,” katanya lagi.
“Dia tu akan dituduh tembak orang, …mike bukan tak tau, kan mike yang
tulis beritanya…?” celah
Raja (Dato’) Hanif Shah.
” Macam mana, bicaralah..., kalau didapati bersalah Sultan boleh ampun,” saya berkata dengan merendah
kan suara.
”Itu benor, tapi Tuanku tak mau ampun...,Baginda titah, kalau Baginda
ampun, dosa adindanya kepada Allah dan orang itu tak lepas juga,” kata Raja
Arif Shah.
”Ia,
itu betul, Engku,”saya membetulkan cakap majistret tua itu.
Saya melihat Raja (Dato’) Hanif Shah
menggaru-garukan kepalanya dan Haji Zakaria menggelisah.
“Ini Sultan titah, Mokhtar...,”kata Raja (Dato’) Hanif
Shah.
”Begini, kita sembahkan kepada Baginda,
biar perbicaraan tu dijalankan ikut
Mahkamah Islam, ...kalau diyat, bayar sajalah...”kata saya.
”Ia, ia, ...jalan tu sangat baik, “kata Haji
Zakaria.
Raja Arif Shah Mengangguk. Raja (Dato’)
Hanif Shah mengangguk dan merenung saya.
“Tapi bolehkah mahkamah sekarang ni
dijadikan Mahkamah Islam buat sementara?” saya bertanya kepada Raja Arif Shah.
“...itu, saya agak boleh, kita boleh
berunding dengan Tuan Presiden, ...kalau Sultan mau, tentu boleh kerana Baginda
Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini,” kata Raja Arif Shah.
Pendapat saya itu telah diterima sebagai
pendapat yang hak untuk menentukan kehendak Sultan Idris Shah.
Pada esokny, kami telah mengadap Sultan Idris Shah.
Setelah Baginda mendengar pendapat kami
itu,
Baginda setuju kes adindanya itu dibicarakan mengikut Islam dalam
Mahkamah yang tidak bercorak Islam.
Apabila perbicaraan berjalankan,
Haji Zakaria telah menjadi penasihat hukum Islam – qisas dan diyat
-, kepada Presiden Mahkamah Tengah, Ah
Man Saw, manakala aku berada dalam kamar
hakim untun membantu Haji Zakaria.
Perbicaraan itu berakhir dengan
mahkamah mendapati Engku Tam tidak
sengaja atau tertembak pemuda itu, maka dia telah dijatuhkan hukuman mengikut
hukum Islam yang berdasarkan hukum dalam Quran, iaitu Engku Tam dikenakan
membayar diyat. Pertimbangan yang telah dilakukan oleh Presiden dengan
nasihat Kadi Haji Zakariah, Engku Tam dihukum dengan hukum diyatkan,
iaitu dengan membayar tiga ekor unta atau sembilan ekor lembu atau wang tunai
sebanyak nilai sembilan ekor lembu itu kepda mangsa.
Presiden Mahkamah yang bragama
lain dari agama Islam itu, telah memberitahu Engku Tam dalam mahkamah, bahawa
dia telah menjatuhkan hukuman ke atas Engku Tam mengikut agama Islam dan
berdasarkan undang - undang hudud dalam kitab suci, alQuran, maka, Engku Tam mesti patuh dan tunai akan hukuman itu,
kalau tidak, Allah akan membalasnya.
Engku Tam mengaku akan mematuhi undang - undang tersebut dan akan membayar
diyat secepat mungkin.
” ... itu ’daknya,
kena bayar diyat ..., ikut undang - undang Islam ni baik, manusia yang kena
perbuatan kita, puas hati..., dosa lepas,” titah Sultan Idrius Shah kepada
saya.
” Tuanku, inilah
pertam akali perbicaraan cara Islam dijalankan di negeri kita ni, Tuanku,” kata
saya kepada Sultan Idris Shah.
” ...bebenor
...,tetapi sebelum penjajah Inggeris dulu memang ada ..., Negeghi Perak pakai
undang - undang 99, ada hukum hudud ada hukum mal , ” titah Sultan Idris Shah.
Baginda berpendapat,
sesuatu kesalahan yang berhubungan dengan manusia, seperti bunuh, mencederakan,
merosakkan harta orang tidak boleh diampun oleh Sultan begitu sahaja, keran
amacam mana ampun sekalipun, disa tetap tidak lepas.
Sultan Idris telah
menolong adindanya, Engku Tam, iaitu dengan wang Baginda sendiri untuk membayar
diyat .
(Cabutan dari buku Sultan Perak, ’Sultan
Idris Shah dan saya’, yang akan terbit.)
[1] Pada masa Persekutuan Tanah
Melayu beloum mencapai kemerdekaan, Negeri Perak telah guna -
paka Undang - Undang 99. Undang - undang
itu adat dan adat itu undang -
undang.
[2] Pada masa Persekutuan Tanah
Melayu beloum mencapai kemerdekaan, Negeri Perak telah guna -
pakaiUndang - Undang 99. Undang - undang
itu adat dan adat itu undang -
undang.
[3] Allahyarham Haji Zakaria, setelah bersara dari
jawatan kadi, dia telah bertanding sebagai calon PAS
dalam kawasan Dewan Undangan Negeri- Belanja - ,
Parit, Perak.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.