BERITA YANG TIDAK DISIRKAN MEDIA
1 - Tunku Abdul Rahman. Setelah Tunku dihalau dari istana, di Alor Setar dan tinggal bersama isterinya, di sebuah rumah, di Telaga Air, Kepala Batas. Untuk berjuang mengembangkan UMNO bagi menuntut kemerdekaan,Tunka tidak ada wang dan Tunku tiak meminta kepada Jawatankuasa Agung UMNO, maka, Tunku dengan pertgolongan pemandu kereta dansunya, Syed Ahmad, Tunku, dengan rela isterinya, telah menggadai barang - barang kemsnya, di merata kedai pajak gadai sekita Seberang Perai Utara.
Semua barang- barang kemas itu ditebus balik oleh Tunku setelah Tunku memegang jawatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
2 - Menteri Besar Perak, Dato' Shaari bin Shafie. Pada satu malam, pada ketika saya menemuinya di kediamnya (kediaman MB Perak yang lama), dengan muka yang sedih mengadu; kekasihnya akan berkahwin dengan anak lelakinya.
Saya kata kepada: "Apa salahnya, kekasih menjdi menantu."
Pada ketika sedap sedap kami bercakap, iaterinya datang. Percakapan kami gterhenti, dan kami bercakap mengenain politik orang Melayu.
3 - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shfie telah berkata kepada saya: "Dato' Seri Anwar Ibrahim, pada masa muda, dia bertindak nakal, saya naik angin terhadapnya. Bila dia menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri, saya akui dia seorang yang paling bijaksana di antara pemimpin Melayu dalam UMNO. Saya mengaku tak bijaksana macam dia."
"Sunggukah begitu, atau Tan Sri pura - pura?" Sayja bertanya.
"Sungguh, saya bercakap Orang Lipis, tak bercakap pura - pura. Saya yakin, tak tahulah, kalau izin Allah, pada satu masa nanti, dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia."
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.