Thursday, April 12, 2012




BERITA YANG TIDAK DISIARKAN MEDIA

                      WARGA SETINGGAN JADI MENTERI

1 -  Seorang isteri setia, mendirikan pondok dalam kawasan setingga, di Bandar Johor Baharu dan menjadi 
warga setinggan, krana suaminya sedang menuntut di luar negara; wang untuk belanja terlalu kurang. Ister setia ini, ialah Allahyarhamah Tan Sri Fatimah binti Haji Hashim (orang Muar), dia mengetuai Kaum Ibu UMNO dan dipilah menjadi calon UMNO di Padang Terap, Kedah, oleh Presen UMNO, Tunku Abdul Rahman.
Tunku brkata kepada saya: Fatimah Hashim sangat sesuai jadi calon UMNO; sanggoi dia bulat besak, lawa oghangnya, bijak ..., suaminya seorang hakim. Dia boleh belajar politik daghi suaminya.
Suami Tan Sri Fatimah, ialah Tan Sri Abdul Kadir Yusuf. Menteri Kehakiman (?). Tan Sri Fatimah Haji Hashim Menteri Kebajikan Masyarakat.*
* Cari buku biografi Tan Sri Abdul Kadir Yusuf ' Kadir Yusuf 
   Peguam Rakyat' (Ada di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.


                      PELUK ORANG ASLI TUA

2 - Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie (para wartawan panggil:King Gaz) telah datang ke Malij Nawar, kerana seorang mata - mata gelap, Lee See Kaw, ditembak hingga mati oleh pengganas komnunis, pada 3 Januari 1974.
Beberapa wartawan, temasuk wartawan RTM, Maizatul Akmam bin Yahaya telah hendak intervien, belaiu, tetapi belia menengking dan marahkan mereka. Maizatul Akmam menangis dan tubuhnya menggigil ketakutan.
Pada 4 Januari 1974, King Gaz datang ke Ipoh, kerana sekitar bandar Ipoh, bahagian Sungai Rokam ditenggelami banjir.
Setibanya beliau di Lapangan Terbang Ipoh, beliau garang dan marah -marah kepada para pegawai kerajaan yang menyambutnya.Pada waktu itu, Menteri Besar Perak, Dato' Haji Kamaruddin bin Haji Mat Isa dan SU Kerajaan Perak, Tan Sri Ishak bin Tadin ada bersama.
Dalam perjalan ke Sungai Rokam, dalam kereta, saya memberi tahu Ishak bin Tadin, saya akan tulis menteri King Gaz kasar kepada wartawan dan pegawai kerajaan.
Ishak bin Tadin telah memberitahu King Gaz akan cakap saya itu.
Pada sebelah petang, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, King Gaz telah mengadakan sidang akhbar di lapangan terbang dan menjamu para wartawan (wang kereajaan Negeri Perak).
King Gaz memanggil saya duduk atas kerusi di sebelahnya.
Saya bertanya kepada King Gaz (para wartawan takut kepada King Gaz kerana garangnya): "Mengapa semalam King Gaz marah - marah danmaki hamun kepada wartawan, tadi kepada para pegawai kekrajaan, tetapi, di kawasan pilihan raya King Gaza, orang tua, Orang Asli, King Gaz peluk?"
King Gaz (terasa saya sindir dia): " Saya tak marah, tak maki wartawan ..., saya sayang wartawa ..., saya marah, maki hamun kepada pengganas komunis ..." 
Semua yang hadir ketawa.
Sebelum meninggal dunia, King Gaz rapat dengan saya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.