BERITA YANG TIDAK DISIARKAN MEDIA
1 - Yang Dipertua Agong PAS, Dato' Mihd. Asri bin Haji Muda dan rakan - rakanya datang berjujmpa Dato' Abdul Aziz Ahmad - Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Hajatnya hendak adakan kerjasama PAS dengan UMNO - tidak masuak Perikatan - , untuk menyatukanh Melayu. Bersama Dato' Abdul Aziz Ahmad mereka pergi menemui Tunku Abdul Rahman di kediamnya.
Tunku berkata: Elok sangala tu ..., nak satukan oghang Melayu ..., pi jumpa dengan Razak.
Pada esok harinya Asri dan orang - orangnya bertemu dengan Tun Razak . /Tun Razak teliti hajat Asri. Kemudian Tun Razak beritahu Asri, lebih baik PAS jadi anggota Perikatan, dia akan dilantik jadi menteri kabinet dan beberapa rakannya akan dijadikan timbalan menteri dan lain. Dato' Asri terpengaruh - brnafsu besaqr -, maka PAS jadi macam madu UMNO dalam Perikatan. Akhirnya madu - madu itu berkelahi. PAS ibarat isteri muda Perikatan, diceraikan.
2 - Pada peringkat awal negara mencapai kemrdekaan, Negeri Perak kaya dengan hasil bijih timah, batu besi (iron ore), kayu balak dan tanah komersial.Dari seorang Menteri Bear ke seorang Menteri Besar, hasil bumi itu diluluskan melalui mesyuarat exco negeri dan Jawatan Kuasa perhuatan negeri, maka, semua diluluskan kepada para peniaga, terutama orang Cina dan orang Melayu yang berniaga hirup kuah.
Memang menjdi perkara biasa, siapa luluskan permintaan, ada habuan.
Sekarang media siarkan berita MB Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir hentam beks MB (PAS) Nizar.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.