Thursday, April 5, 2012



BERITA DALAM SURAT KHABAR 'SINARAN', PADA HARI INI.


TINDAKAN HASSAN ALI TIDAK MEMBERI KESAN

Pas tidak melihat pendedahan video murtad dibuat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin sebagai satu konspirasi menjatuhkan parti itu memandangkan isu dibangkitkan langsung tidak memberi kesan memandangkan ia bukan parti yang memerintah kerajaan pusat.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak mahu isu murtad dijadikan bahan polemik, tetapi melihat sebagai perkara serius yang merupakan tanggungjawab bersama bagi menangani sebarang perkara berkaitan akidah orang Islam.
“Tindakan Hasan itu tidak memberi kesan memandangkan selama ini Pas tidak lepas tangan menangani isu murtad yang dianggap perlu ditangani bersama secara tegar.
--------------------------------
sekurang - kurangnya ada tiga jenis orang yang boleh menjerumuskan diri kepada murtad: 1 - Orang yang bukan Islam, masuk Islam pura - pura atau munafik, 2 - Orang Islam yang jahil pengetahuan Islam, terutama dalam bahagian akidah dan iman, 3 - Menjadi orang Islam kerana ikut ibu bapa atau datuk nenek Islam, iaitu 'Islam baka' atau  ' Islam pusaka'.
Orang - orang yang tersebut di atas, ada dalam Islam tidak memberi apa - apa guna, bahkan menjadi seperti 'anai - anai' dalam kayu tiang rumah. Dia keoluar pun tidak merugikan umat Islam, kerana dia sama dengan orang kagir.
Kebanhyakan orang begini tidak peduli halal atau haram dalam Islam. Sama juga dengan orang yang secara berani menentang atau  menolak hukum - hukium Allah dalam Quran.
Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa Islam prlu mendidik anak - anak mereka dengan pengetahuan Islam yang mendalam. Dan ibu bapa juga mestilah berpegang kuat dengan hukum Islam.
Untuk mengatasi msalah ini, bukan kerja kempen - kempen, tunjuk brnai dan laung ke langit. Tidak memberi apa - apa faedah. Macam juga kita melarang perempuan yang 'jahil pengetahuan Islam yang dedah aurat', kita kempen dan nasihat, mereka tidak peduli.
Yang bertanggungjawab mengatasi masalah murtad ini, ialah semua Majlis dan Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negeri - negeri dan dalam wilayah Persekutuan  dan negeri - negeri bawah Yang Dipertuaan Agong. Merek telah adakan undang dan mereka hendaklah melaksanakan undang - undang. Di smapingitu mereka hendaklah memberi tarbiah kepada orang - orang yang jahil Islam, supaya mengetahui atau tidak jahil huikum Islam.
Kuasa majlis - majlis dan jabatan - jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu terletak diabawah Yang Dipertuan Agong dan Raja - Raja Melayu. Maka, merekalah yang mesti memikul tanggungjawab tersebut, kerana perkara murtad ini ada dalam kuasa udang - undang syaiat Islam.
Organisasi - organisasi politik dan NGO hanya boleh melaung dan meraung sahaja. Mereka ytidak ada kuasa di bawah undang - undang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.