Monday, April 23, 2012



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

DATUK SERI SHAFIE AFDAL

Demikianlah Datuk Seri Shafie Afdal, orang - orfang yang berjuang kerana negara, bangsa dan agama Islam, sentiasa diburuk -buruk, ditohmah dan brbagai - bagai keburukan oleh musuh - musuh politik atau musuh peribadi.Perkara ini sama ada benar atau tidak, tidak siapa yang mengetahui, hanaya Allah dan dua orang yang dijadikan pelakon dalam kisah buruk.
Semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, ada - ada sahaja para politikus, sama ada dari UMNO dan parti - parti lain termsuk parti pembangkang.
Sesiapa yang lemah dengan tohmahan deikian, dia akan lumpuh dalam perjuangan dan sesiapa yang kuat dan mnendapat pertolongan Allah dia tidak lemah dan tidak lumpuh.
Datuk Seri Shafie Afdal diburukkan kerana bercinta dengan artis cantik, tetapi tidak dikatakab berzina, hanya dikatakan menghadiahkan wang yang banyak.Tetapi, kalau kita timbang dengan adil dan fikiran yang waras, bagaimana beratnya bekas Timbalan Perdana Menteri negara ini dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diburukkan melakjukan liwat; hingga beberapa orang pegawai polis mengusung tilam, beribu orang menghinanya dan dia seperti akan lumpuh, tetapi dia ada kekuatan diri, yankin diri dan Allah menolong, dia telah terlepas dari gtuduhan buruk itu, iaitu dilepaskan oleh mahkamah.
Anwar Ibrahim diburukkan dan dituduh dua kalii kes liwat, liwat pertama dengan lelakin tua dan liwat kedua dengan lelaki muda. Syukurlah Allah Maha Kuasa telah menolongnya.
Ramai lagi orang UMNO . orang PAS dan parti - parti lain yang terkena tuduhan dan tohmahan. Ada yang lumpuh dan ada yang ditolong Allah.
Percayalah, hukum Allah akan tetap berlaku  atasa aaorang - orang yang memburuk - burukkan manusia dan orang Islam.
Saya berharap, Datuk Seri Shafie Afdal bersabar dan mengadulah kepada Allah. Kalau Datuk ditkdirkan jatuh, tidak ada seorang kawan dalam partinya akan menolongnya. Mereka akan lari
jauh, jauh, seperti yang menimpa Datuk Harun Idris, di Selangor, Datuk Hanafi ,di Kedah dan Datuk Mokhtar Hashim,Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.