Sunday, April 15, 2012


BERITA DALAM ;SINAR HARIAN', PADA HARI INI

PANCUNG TAK BERTANYA

Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab termasuk disenarai hitam Unit Protokol Jabatan Perdana Menteri daripada menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, tegas Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

----------------------------
Setelah membaca berrita ini, saya ketawa sendirian; kalaulah Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan, hidup pada zaman Sultan Melaka, yang ada undang - undang 'pancung tak bertanya', maka beliau dan rakan - rakannylah yang menjadi tukang pancung.
saya cuba mencari bahan sejarah Raja Melayu, agar dibaca dan diteliti dengan penuh khusuk dan seri akal oleh  Sohaimi Shahadan dan para pengikutnya akan petikan dari buku ' Tuhfat Al Nafis, oleh: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji:
'Syahadan baginda Sultan Mahmud shah inilah Raja Melayu mula - mula meletakkan adat - adat Melayu seperti kekuningan yang tertentu kepoda raja jua, melainkan kekuningan itu jikan diambilkan baju dan kain dan desta maka tiga perkara itu boleh. Dan demikian lagi larangan juga berbuat rumah berpewrangin dan tiang berlas tiada terletak ke tanah dan rumah berpebalaian dan berpelantaran. Dan perahularang jua seperti perahu bertingkap dan berpengadapan. Dan berlarang juga bergelak kami emas keroncong kepala perak sekalipun tiada dapat orang keluaran memakainya, jika kaya sekalipun melainkan denan anugerah raja jua maka boleh.Dan lainnya daripada adat yang tentu kepada raja - raja  dan kepda anak -a anak raja jua. Dan jika mengadap raja di balairung, jika Raja Muda duduklah di seri balai, demikaian lagi Bendahara dan Temenggung dan Indera Bungsu dan segala menteri - menteri daripada raja - raja di seri balailah kedudukannya. Dan lagi beberapa adat istiadat yanhg tersebut pada siarah yang panjang - panjang.'

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.