Wednesday, April 11, 2012
BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
'Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.
Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.
Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.'
----------------------
Saya sendiri telah ' terkena' dik kelemahan para pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.Saya pergi menukarkan kad pengenalan saya yang lama kepada yang baru. Bila saya terima yang baru, saya dapati nombor akhir pada kad pengenai saya berubah, dari 34 kepada 31. Nombor itu menjadikansaya lebih muda dari tarikh lahir saya. Pada hujung nombor kad pengenalan saya itu -31 - ditandakan (*). Sya bertanya kepada pegfawai di situ, dia menjawab: "Kami tersilap, kena bubuh bintanglah". Sampai sekarang kad pengenalan saya seperti yang poegawai tersilap itu. Apa boleh buah saya rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.