BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
MENANG TETAPI MELAYU RUGI
Felda tidak akan tunduk dengan desakan segelintir peneroka yang menerima hasutan pembangkang supaya agensi kerajaan itu menarik balik penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) Jun ini.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, sekarang bukan lagi masa untuk Felda mendengar desakan atau ugutan daripada mereka yang terbabit dan usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia itu tetap dilaksanakan.
"Oleh itu, saya ingatkan peneroka di Rancangan Tanah Felda seluruh negara supaya hentikan membuat sebarang spekulasi berhubung penyenaraian FGVH kerana usaha Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah untuk masa depan mereka.
Saya sering meneliti sejarah Bukit Putus, Negeri Sembilan. Bukit itu dinamakan, kerana seorang pemimpin Melayu - pihak Temenggung - dibunuh oleh pihak para pahlawan dari Mingkabau - Pagar Ruyung -, yang menyerang negeri itu untuk berkuasa di sana.Orang temenggung itu kebal, beberapa kali di tikam tidak lkot, akhirnya dipenggal loehernya hingga putus, di tanam di kaki bukit yang kini bernama Bukit Putus.
Maka, para peneroka Felda (yang telah meninggal) ada anak, apabila Felda berjaya disenaraikan dalam FGVH, maka, nasih mereka, saya kira agaka sama dengan orang - orang Temenggong Negeri Sembilan. Negeri itu diperintah oleh orang dari Minangkabau.
Mengapa Dato' Mohd. Isa tidak mengkaji semula perjuangan Allahyarham Tun Abdul Razak (pada masa itu Isa Sama masih bebudak), yang mahukan Felda menjadi ladang rakyat dan ungtuk meninggikan ekonomi orang Melayu.
Jika Felda disenaraikan FGVH, maka, Felkda akan menjadi sebagaimana beberaoa kawasan pertanian yang baik di Afrika, yang kemudiannya tidak menajdi harta milik rakyat, tetapi menjadi milik orang asik.
Dato' Mohd. Isa memanglah rasa senang bahagian memegang jawatanPengerusi Felda, tetapi pada masa akan datang, apabila Felda telah menjadi milik orang lain dan anak - anak dan cucucit penerokanya terkiyai - kiyai atas bumi sendiri, maka, Dato' Mohd., Isa yang entah ke mana dan mereka yang berkuasa, entah ke mana juga, akan dimaki hamun oleh orang Melayu yangmenajdi mangsa.
Kata orang tua - tua Melayu:"Kalau hendak sabung ayam, harta ibu bapa jangan digadai".
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.