PANTUN SABTU
Orang petapa di Gua Badak,
Cintanya terpaut di Bukit Sapi;
Barang siapa berakal budah,
Jangan bermaksud perintah negeri.
Cempaka redup lembabkan bumi,
Berangan rapat dengan bidara;
Siapa takut akan bini,
Jangan harap perintah negara.
Esok lusa pulang ke Lenggong,
Beli gigi emak mertua;
Busuk bangsa kepalang tanggung,
Cakap meninggi hamba jua.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.