MENGENANG YTM RAJA ASHMAN SHAH
Putera Sultan Perak, Raja Ashman Shah baru sahaja kembali ke rahmatullah. Walaupun saya bukan orang dalam istana Sultan Perak, tetapi Allahyarham saya anggap rakan karib.Kerana Allahyarham berpengetahuan agama Islam (bidang ibadah dan tarekat) dan saya bidang ibadah, sosial dan politik serta 'kemanusia sejagat', tiap kali kami bertemu ada saja kami berbincang mengenai sesuatu yang rumit dalam agama Islam.
Kisah pendeknya, saya mendapati sepanjang hayat Allahyarham, selain dari wiirid 99 nama Allah dan lain, Allahyarham serin mengamalkan seperti berikut ini:
"Dengan nana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penayayang,
Engkaulah dimaksudkan dngan tiap - tiap perkara dan disayaratkan dengan tiap - tiap makna.
Saya adalah orang yang memuji, saya orang yang bersyukur dn saya orang yang ingat (kepada llah Rabbul alamin).
Saya yang lapar.
saya orang yang telanjang, Saya orang yang kehilangan,
Semuanya enam sifat, Separuh saya tanggung.
Ta Allah, Engkau jadilah penjamin bagi yang setengah lagi,
Pujian saya kepada selain dari Engkau adalah nyala api neraka,
Engkau lindunjgilah para hambaMu , ibu dan bapa hamba dan semua muslimin dan muslimat dasri terhumban ke dalam neraka,
Api neraka itu bagi diri saya, seperti sentiasa terbayang sentiasa."
Ya Allah, sayapohoh kepadaMu, murahkan hatiMu dengan menjadikan rakan saya ini warga syurgaMu, seperti yang Engkau nyatakan dalam Quran Suarah Al Waqia'ah. Tamat.