KAWASAN SETINGGAN
Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu, bahawa kelulusan kawasan - kawasan perumahan dalam kawasan setinggan itu telah dibatalkan dengan perintah Baginda.
Pengalaman ini menimbulkan fikiran baru dalam diri saya, iaitu beberapa minggu kemudian saya mempengaruhi orang - orang yang berhijrah ke dalam kawasan bandar Ipoh, suoaya meneoka tanah kerajaan negeri (state land) untuk mendirikan rumah mereka.
Kemudian, mereka meneroka tanah kerajaan negeri (state land) sekitar Tambun, Rapat Jaya, Passir Putih, Tasik dan sepanjang jalan Jelapang - Chemor.
Pada satu malam saya membawa Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) mengadap Sultan Idrisd Shah di Istana Perak, di Kuala Lumpur.
Kami berbincang mengenai bangsa Melayu, negara milik Melayu dan politik Melayu.
Kata Ishak Haji Muhammad kepada Sultan Idris: " ...aku dapat tahu, mike ni bukan main lagi ..., orang - orang politik kecut perut ...,"
" Kena begitu abang, deme tu, kalau saya tak buat, tak reti bahasa ...,"titah Sultasn Idris Shah dsn merenung wajah saya.
"Ini ha, penulis ni, Mokhtar Petah ni, taulah hal deme (orang - orng politik)..., kalau saya lak (biar) aje kepala saya dipijaknye ...," tambah Sultan Idris.
Ishak Haji Muhammad senyum sambil merenung wajah Sultan Idris Shah dan wajah saya.
"Saya ni, bukan apa abang ..., kalau dioarkan, deme (orang - orng politik) tu, rakyat saya tak tentu hala, janji sana janji sini, tapi rakyat saya jilat jari," titah Sultsn Idris.
"Dah jdi Ssultan, kenqalaha tengok, tengok rakyat, jangan mike biorkan ..., rakyat ni bukan mike tak tau, kalau dan terlalu menderita, bukan deme tu kenal Rajake ..., sultanke...,"kata Ishak Haji Muhammad selamba,mengikut dailet orang Perak.
(bersambung esok)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.