MANUSIA DALAM BENTUK SEMPURNA
Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik - baiknya (berkelengkapan badan sesuai dengan keadaan).
Kemudian ( jika dipanjangkan usia sehingga tua dan menyalah gunakan kelengkapan tersebut), Kami (Allah) kembalikan dia keserendah - rendah peringkat orang - orang yang rendah (hina).
Kecuali mereka yang beriman salih, maka, mereka beroleh pahala yang tidak putus.
- puatus. - at Tin:4 - 6.
MATI SYAHID
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
"Mati syahid' ada lima jenis, iaitu:
1 - Disebabkan wabak kolera,
2 - sakit perut,
3 - Karam dalam air (termasuk kerana banjir),
4 - Ditimpa tanah runtuh (termasuk gempa bumi),
5 -Mati dalam perang pada jalan Allah."
- Perawi: Abu Hurairah dan Imam Bukhari.
Nota.
Mati dalam perang kerana lain dari jalan Allah, seperti perang di bawah PBB, NATO dan laian tidak mati syahid.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.