Friday, January 6, 2012

SAJAK




                                MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA







Islam agama Allah,
Semua Melayu Islam,
Bangsa Melayu beragama Islam,
Ada Melayu Islam tulin,
Ada Melayu munfik Islam,
Ada Melayu tidak faham Islam.

Melayu berpecah,
Berjalan Melayu tidak seiring,
Melangkah sama tapi tidak ke hujung,
Melayu faham Islam,
Tolak Melayu munafik Islam,
Melayu tidak bersatu.
Melayu tulin Islam pegang Quran,
Melayu munafik Islam,
Kapitalisme dan sosialisme,
benak dalam dada,
Tolak hukum Allah.
Kutuk sama sendiri.

Mana pemimpin Melayu,
Mana pemimpin umat Islam,
Berani hadapi segala tentangan,
Sanggah segala kepalsuan,
Demonstrasi tuntut Melayu bersatu,
Di bawah al Quran.

Selaqgi Melayu tidak sehati bawah al Quran,
Siapa jua pemimpin Melayu,
Ketepikan hukum hakam dalam Quran,
Gagal menyatu padukan bangsanya,
Sampai ke akhir zaman,
Melayu tidak bersatu.
Melayukah dalam UMNO?
Melayukah dalam PAS?
Melayukah dalam PKR?
Pegang kukuh al Quran,
Ikut setia hukum hakamnya,
Bersatu dalam Islam.

Pondok usang GAPENA, KL ...........Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.