PAKAIAN UNTUK SEMBAHYANG JUMAAT
Setiap orang Islam dan mukmin yang hendak menghadiri perhimpunan di masjid - masjid untuk sembahyang Jumaat, sedaya upaya pakailah pakaian yang sesuai untuk sembahyang dan sesuai untuk mgenyertai dalam perhimpunan umat Islam berhimpun dalam masjid dan menghadapi Allah, iaitu:
PAKAIAN BERADAB
1 - Pakaian sampin, iaitu pakaian cara Melayu, atau,
2 - Baju Melayu dan palikat serta berkupiah - songok atau ketayap dan lain, atau,
3 - Pakaian cara peladang Arab (baju kurung labuh) atau berjubah, atau,
4 - Berseluar panjang dan berkemeja.
PAKAIAN TIDAK BERADAB
1 - Pakai seluar paras bawah lutut. Kerana, bila sujud, lutut terdedah dan batal sembahyang.
2 - Pakai baju T yang ada iklan perniagaan di hadapan, belakang atau dua lengan.
3 - Pakai kain dan batu T.
Kita bekerja untuk mencari wang ringgit dengan tujuan untuk kebaikan diri kita, iaitu makan dan minum, pakaian dan perhiasan diri. Untuk isteri, anak, ibu bapa dan lain. Maka, gunakanlah hasil kerja kita itu untuk memberi pakaian yang sesuai untuk sembahyang dalam masjid dan sembahyang Jumaat.
Elaklkan diri kita dari menajdui orang bakhil, datang sembahyang ke masjid berpekaian sebagai orang miskin dan bangsat, sedangkan kita orang yang berkemampuan.
Jagalah adab atau kesopanan sebagai orang mukimin sejati.
- mokhtar petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.