Tuesday, January 31, 2012

MENGENANG SULTAN

SULTAN DAN SETINGGAN

 
(2)

"...ngamput, siapa samsing ni suluh oghang tak tentu fasal." terdengar suara seorang lelaki memarahkan kami.
Mereka itu tidak menyangka yang datang itu sultan mereka.
Saya memberanikan diri berjalan ndi hadapa Sultan Idris Shah dan mendapatkan mereka. Sultan idris Shah berdiri dalam gelap dan saya benar - benar di hdapan mereka dalam cahaya lampu kereta.
...eh, eh, kamu Mokhtar ..., orang surat kabor. apa cekeh (kes)nya datang malam - malam ni?" Seorang dari setinggan - setinggan itu bertanya kepada saya.
Kebanyakan setinggal dalam kawasan Ipoh kenal akan saya.
" ...eh, jangan berani sangat, tengok dalam gelap tu, siapa?" Saya bertanya kepda lelaki garang itu.
"Siapa, taukeh yang nak bina rumahke?" Dia bertanya.
Belum sempat saya menjawab, Sultan Idris Shah telah tiba di hadapan mereka. Sultan yang berpakaian baju sport biru, seluar panjang kelabu dan selipar kulit itu, senyum.
"Au, Tuanku, weh," kata seorang lelaki yang agak tua.
Mereka mengangkat sembah kepada Sultan Idris Shah dan ada ayang mencium tangan Baginda.
Saya melihat seorang lelaki yang berselimut telanjang terluruh kain sarungnya dalam cahaya kereta kerana terkejut akan ketibaan Sultan Idris Shah. Dia berbogel seketika.
"Kalau ia pun, jangan telanjang...," titah Sultan Idris Shah kepada lelaki itu.
Masing - masing ketawa.
Di tepi kolam lombong itulah setinggan - setinggan itu mengadu kepada Baginda yang Kerajaan Negeri Perak tidak pedulikan nasib mereka dan sekitar kawasan mereka itu telah diluluskan kepada beberapa buah syarikat perumahan.
" ...kaume ni oghang - oghang kampung, ngapa nak duduk di sini, kan di kampung lagi baik?" Sultan Idris Shah bertanya.
"Tinggal di kampung apa nak dicekek (makan) Tuanku, haghga getah mughah, padi tak menjadi, anak ghamai, semuanya bersekolah ..., di sini senang makan, anak - anak mudah ke sekolah," wakil mereka mengaku kepada Sultan Idris Shah.
"Tu aku tau ...,"titah Saultan Idris.
"...engkaume yang pilih ... (wakil rakyat),"titah Sultan Idris Shah.
"Patikme tak pilih, Tuanku, dia bukan dari kawasan keme, Tuanku,"kata orang tadi.
Sultan ketawan terkekeh - kekeh.
"Bior aku yang keghejakan (bertindak) ...,"Sultan Idris bertitah menyejukkan hati mereka.
"... ai, malangnyaaa ...,"kata seorang lelaki setinggan yang ergeolar Anak Man 555, di bekerja di Lembaga Letrik Negara Kinta.
(Bersambung esok)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.