TOLONG ATAS JALAN
Pada awal pagi ini, atas jalan - bulatan Perdana Menteri -, Putrajaya, dua lampu belakang sebuah kereta buatan Malaysia berpasang kelip kelab. Tiba di lampu mereka turun dari kereta itu seorang lelaki tua. dia berjalan laju menuju ke kereta sebelah keretanya. Ketuk - ketuk pintuk kereta itu. Lampu hijau menyala, kereta itu bergerak, dia undur dan berjalan kekeretanya. Nyaris kereta lain tidak melanggarnya.
Dari sebuah kereta berbisik sepasang suami isteri:
Isteri: Kasihan, dia minta tolong agaknya, mungkin keretanya rosak.
Suami: Dalam kereta yang dia minta tolong tu perempuan muda, takut kepada lelaki tua itu.
Isteri: Ooo, lelaki tua dia takut, tapi kalau muda tak takut.
Suami: Tengok tua macam manalah.
Isteri: Macam mana?
Suami: Tua kelapa, tua buah labu, tua kengkuas ..., jangan perempuan tua sudahlah.
Isteri: Kasiaaaan! oran tua.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.