Wednesday, January 11, 2012

HAKIM



                                          HAKIM DAN KEADILAN KERAJAAN

Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bahawa hakim dan mahkamah tinggi Kuala Lumpur membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan diumumkan tidak bersalah atas tuduhan melewa pemuda berkenaan, menunjukkan hakim bebas dan kerajaan tidak menekan ataun mengongkong hakim.
Saya juga setuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahthir Mohamad atas pendapat yang sama dengan Najib, tetapi mengenai hakim menjatuhkan hukuman mengharamkan UMNO 1946, saya kena fikir banyak kali.
Saya ada bercakap dengan Hakim Harun Hashim, beberapa bulan setelah penghukuman itu dilaksanakan, bahawa hukuman yang dibuat mengharamkan UMNO 1946, ialah untuk menyelamatkan Dr. Mahathir Mohamad dan orang - orang penting dalam UMNO, kerana, jika UMNO 1946 tidak diharamkan Dr Mahathir Mohamad dan orang - orang penting dalam UMNO tidak selamat.
Pada masa itu kalau Dr Mahathir Mohamad dan orang - orang penting dalam UMNO tidak selamat, maka, negara yang dikendalikan oleh Barisan Nasional akan kucar kacir.
Sesungguhnya, para hakim adil dan tidak teringkat dan tidak diikat. Hakim menjatuhkan hukuman setelah meneliti segala catatan, percakapan penerangan pertuduhan. Ertinya, kalau kertas pertuduhan itu dipengaruhi oleh orang - orang politik mempunyai bukti yang tidak meragukan hakim, maka yang kena tuduh akan menerima hukuman penjara atau denda atau pun dihantung sampai mati.
Di mana - mana negara, biasanya pihak yang mahu menjatuhkan sesorang melalui mahkamah, mereka menggunakan polis dan saksi - saksi. Ketgerangan polis dan saksi - saksi itu dapat memberi keyakinan kepada hakim, maka, yang menjadi mangsa tuduhan akan menerima hukuman.
Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd. Khir Toyo, adalah hakim yang baik, adail dan berperikemanusia.
Beliau mengenakan hukum sekadar dua belas bulan penjara. Ramai mengatakan tidak adil kerana hukuman itu tidak berat, Tetapi kalau dinilai harta benda Khir Toyo yang dirampas kerajaan melalui SPRM berjuta ringgit nilainya.
Walau bagaimanapun kita tahu, diseluruh dunia ini para hakim adalah manusia. Ada di antara menjalankan keadilan dengan ikhlas dan ada pula tunduk di bawah sesuatu kuasa dan sebagainya. Oleh demikian, kita dapati, banyak manusia yang dihukum mati sepuluh atau dua pulah tahun yang lalu, kemudiannya merek didapati tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.