Tuesday, January 24, 2012

CEMBURU



                                             JIKA ISTERI TERLALU CEMBURU

 
Seorang lelaki duduk atas bangiku kayu sambil minum kopi hitam tanpa gula bercakap dengan saya, pada satu pagi di sebuah warong di Hulu Klang.
Lelaki: "Spa tak sayang bini, tapi kalau bini terlalu cemburu, susah ..., susah ..."
"Saya bercakap dengan perempuan jual kuih, isteri saya cemburu, minum kopi di kedai oghang perempuan, isteri saya cemburu, saya cakap dengan polis perempuan, isteri saya cemburu...,"katanya.
Saya: "Takkan macam tu kut."
Lelaki: Haaa, ia, saya sembahyang, berdoa, isteri saya cemburukan bidadari di syurga..., dia kata, danlah di dunia ni laki aku orang perempuan lain nak kebas, di syurga bidadari pula rapat dengan laki aku ..., aku dapat apa?".
Saya senyum.
Lelaki itu mengeluh.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.