Friday, December 16, 2011

YANG DIPERTUAN AGONG





                   BERTEMU YANG DIPERTUAN AGONG DI PUNCAK DINGIN

"U pergi ke Cameron Highland, subuh esok, interview baginda di padang golf fasal Soekarno dan konfrantasi Indonesia ...," suara Samad Ismail parau, pada jam 9.00 mengarah saya ke puncak dingin di Pahang pada tahun 197- - an.
Pada masa itu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Perdana Menteri Malaysia.
Samd Ismail seorang wartawan yang 'tidak pernah memandang sukar untuk mendapatkan berita'. Dia mengarah saya seolah - olah saya akan menemui seorang petani atau nelayan cuma.
Saya sedar, tugas saya itu berat, ' interview Yang Dipertuan Agong mengenai calas dua negara - Indonesia dan Malaysia.
Jam 3.30 pagi itu, saya bersama jurugambar Lee Foo San meluru ke puncak dingin Cameron Highland. Saya mesti interview Yang Dipetuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'dzam Shah - Yang Dipoertuan Agong mulai 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.
Pada subuh itu saya mengadap Yang Dipertuan Agong di Padang golf puncak dingin tersebut. Setelah saya merafakkan hasrat saya, baginda senyum dan bertitah, "...baguslah, mai kita pi ..., sambil bercakap."
Saya tidak terus kepada 'to tha miont'. Saya bercakap dengan banginda menfenai Nefgeri Kedah, asall usul Raja Kedah dan hingga nNegeri Kedah sebagai jelapang padi.
"Konfrantasia tak lama, kita akan baik semua, kita (Malaysia dengan Indonesia) bersaudara, carik - carik bulu ayam, cantum semula," titah Yang Dipertuan Agong sebaik - baik percakapan kami berlegar mengenai konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia.
Pada ketika itu wajah Preside Soekarno, Sobandrio, Adam Malil dan beberapa menteri Republik Indonesia berlegar dalam kepala saya.
Di akhir perjalanan Yang Dipertuan Agong, saya, Lee Foo San dan beberapa orang lain dalam padang golf di puncak dingin itu selesailah interview saya.
baginda me mpersilakan saya dan Lee Foo San minum pagi bersama Baginda dalam rumah kelab golf tersebut.
Sultan Abdul Halim Mu'dzam Sham menduduki takhta Yang Dipertuan Agong pada masa putera Tun Abdul Razak, Dato' Seri Mohd. Najib memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ini. - Mokhtar Petah.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.