Monday, December 19, 2011




                                         SAMA - SAMA DALAM PEMUDA UMNO

 
kawan lama saya, Ustaz Haji Tahir Jaisi , orang kuat Pemuda UMNO di Seberang Perai pada 1953 - 54 dan kini imam masjid Kampung Rambai Tujuh, Kuala Kangsar, telah menghubungi saya melalui telefon setelah saya meninggal secebit kertas bertulis nama dan no. telefon tangan saya, kepada seorang pemilik gerai buah - buahan di tempat rehatlebuh raya PLUS, Kuala Kangsar ,pada dua ahari sebelumnya..
Kampung Rambai Tujuh, berhampiran tempat rehat lebuh raya Plus, di tepi sungai Perak - Kuala Kangasar.
"Lama benor kita tak jumpa ...,"katanya.
"Ia, lama, kita tak jumpa, tapi hati selalu ingat,"sahut saya.
Tahir Jais adalah rakan sama sekolah, iaitu Maahad Daeratul Maariful Watanyiyah, Kepala Batas, pada tahun 1953 - 54. Pada masa itu pengetua (mudir) sekolah tersebut, Allahyarham Haji Ahmad Badawi in Haji Abdullah (Abdullah Pak Him), Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya dan ketuanya Allah yarham Saadon Haji Zubir.
Penolong Pengetua, ialah orang kuat PAS, Allahyarham Ustaz Haji Ahmad Maliki.
Setelah meninggalkan sekolah tersebut, kami sama - sama mengajar dengan Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah, di sekolah agama - Madrasah Al Yasiniyah, kampung Berala, Kati, Kuala Kangsar.
Kami berpisah sebaik - baik sahaja Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak menutup sekolah tersebut. Saya memilih dunia wartawan dan Tahair Jais memilih jalan ulama, iaitu bertugas sebagai guru agama Islam di kampungnya.
"Umor ana dah lapan puluh tahu,"kata Tahir.
Pada waktu itu saya teringat akan kami sama - sama kawad dalam barisan Pemuda UMNO, melaungkan kalimat perjuangan 'merdeka'
Kini, kami telah mempunyai ramai anak dan ramai cucu. Dan saya telah ada seorang cicit.
Dari jauh kami sama - sama mengulik kenangan dan terasa jiwa kami masih muda.
 - Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.