Thursday, December 8, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN

                                         
                             ORANG YAHUDI MENENTANG HUDUD


Dalam usaha  orang - orang bukan Islam di Maklaysia hendak menentang hukum hudud, saya menyanjung Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak melayan hajat Presiden MCA Datok Sri Dr Chua Soi Lek mencabar beliau berdebat mengenai hukum hudud dengannya.
Guan Eng dengan bermoral mengeluarkan perkataan "Pleaselah".
Sebelum saya kemukan tiga ayat Quran mengenai hudud, saya rasa mustahak saya memberi nasihat dan ingatan kepada orang - orang MCA dan orang - orang bukan Islam yang berusaha menentang hukum hudut. Menentang hukum hudud bermakna menentang hukum Allah. Mementang hukum Allah bererti menentang agama Islam. Dan menentang agama Islam bermakna menentang orang Melayu di Semenanjung ini, kerana semua orang Melayu beragama Islam.
Dalam sejarah Islam, iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ada usaha orang - orang Yahudi dan golongan munafik Islam yang berusaha untuk menentang hukum hudud dalam Islam dan merekqa berusaha untuk memperdaya dan memperbodohkan Junjungan Rasul Allah itu dengan mengemuka para wakil dam menyenmbunyikan hukum hudud dalam kita Taurah - kita Allah - pada zaman  Rasul Allah untuk mereka.
Mengapa mereka meminta putuskan perkaranya (hukum hudud) kepada enkau (Muhammad s.a.w.), sedangkan mereka mempunyai Taurat (Taurah), yang berisi hukum (hudud) Allah. Kemudian mereka berputar (berpalking atau tidak mahu mengikut hukum tersebut) setelah itu - sebab - mereka itu bukanlah manusia - manusia yang beriman.
Sesungguhnya, Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya berisi pimpinan kebenaran dan cahaya yang terang, dengan itulah Nabi - nabi yang taat (kepada Allah) memutuskan perkara untuk orang - orang Yahudi, juga orang mereka yang mengetahui ilmu keTuhanan dan pendeta - pendeta, disebabkan mereka disuruh menjaga sebahagian dari kitab Allah, dan mereka menjadi saksi (keterangan) baginya. Sebab itu janganlah kalian takut kepada manusia - manusia tetapi takutlah kepadaKu (Allah). Dan janganlah kaliam mengambil keuntungan yang sedikit (sebagai) ganti keterangan - keteranganKu (Allah). Sesiapa yang tidak menjalankan hukum menurut apa yang diturnkan Allah, (mereka) itulah orang - orang kafir (menentang Allah dan menentang umat Islam).
Dan Kami (Allah) telah perintahkan di dalamnya (Taurat), bahawa nyawa - dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga dan gigi dengan gigi (hukum demikian ditukar dalam syairat Islam dengan hukum Qisas yang didasarkan kepada pembalasan, untuk menjaga kehidupan manusia. Maka, tidaklah orang yang  telah merosakkan mata orang lain dirosakkan matanya, memasa dengan balasan mengikut nilai), bahkan luka ada balasannya. Sesiapa yang dengan rela menjalankan hukuman, dia memberikan tebusan dosa. Sesiapa yang tidak menghukum menurut hukum yan diturunkan Allah, (mereka) itulah orang - orang yang zalim.
Dan Kami (Allah)iringkan jejak mereka dengan - mengutuskan Isa anak Maryam, membenarkan apa (hukum) yang terdahulu daripadanya, iaitu Taurat . Dan Kami berikan Injil (kitab yang diturnkan kepada Nabi Isa alaihis salam) kepadanya, di dalamnnya berisi pimpinan pimpinan dan cahaya terang, membenarkan apa (hukum) yang terdahulu daripadanya, iaitu Taurat, untuk menjadi pimpinan dan pengajaran bagi orang - orang yang memelihara dirinya dari kejahatan.
Hendakklah orang - orang ketgurunan Injil (beragama Nasarani atau Kristian) itu menghukum menurut apa (hukum) yang diwahyukan Allah di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghukum menurut apa (hukum) yanfg diturnkan Allah, (mereka) itulah orang o rang fasik (paling jahat).
- Al Maidah: 43, 44, 45,46, 47.
Allah bertanya:
Apakah hukum zaman kebodohan (zaman Rom tua dan zaman - zaman para maha raja berkuasa membua undang mengikut hati dan nafsu beraja di mata bersultan di hati) yang mereka cari (ikut atau taat) Hukum siapakan yang lebih baik dari hukum Allah untuk kaum yang yakin (beriman kepada Allah).
 - Al Maidah:50
Menurut keterangan dari sebab turun ayat - ayat Quran ini, ada dua kisah orang Yahudi dan munafik telah mencuba untuk memperdayakan Nabi Muhammad s.a.w. bagi menolak undang - undang hudud di atas, iaitu; Pada satu hari, orang - orang Yahudi  dn munafik telah meminta fatwa dari Junjungan mengenai hukuman orang membunuh orang, mencuri dan berzina, maka Junjungan memberitahu, bahawa dalam kita merekam iaitu Taurat ada hukum tersebut, tetapi mereka menutup tulisan pada kita Taurat itu. Perbuatan mereka itu disanggah oleh seorang sahabat dengan menunjukkan tulisan mengenai hukum tersebut.
Maka, kita mendapat fahaman, orang - orang Yahudi dan munafik sebagai manusia awal menentang hukum hudud. - Mokhtar Petah



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.