KERANA DOSA
... apa jua yang menimpa kalian dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka, ia adalah disebabkan apa yang kalian lakukan (perbuatan salah dan berrdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa - dosa kalian.
Dan kalian tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (menimpa kalian dengan bala bencana); di muka bumi ini dan kalian juga tidak akan beroleh sesiapapun - lain dari Allah - sebagai pelindungatau pemberi pertolongan.
- Asy Syura:30,31
Nota.
Mempelajari sejarah umat manusia, sejak Nabi Adam alaihis salam hingga pada masa kita ini, maka, kita mendapat pengertian dan kefahaman, bahawa, semua bala petaka yang menimpa umat manusia itu dilakukan Allah disebabkan umat manusia itu sendiri yang melakukan kejahatan, kedurjanaan dan sebagainya, seperti menentang Allah, menolak hukum Allah dan melakukan fasad (kemusnahan) ke atas bumi dan umat manusia.
Sebenarnya, manusia- manusia yang melakukan kejahatan dan dosa, disebabkan mereka berkuasa dan gila kuasa. Memandang rendah kepada manusia. Takbur, dengki dan lupa daratan serta memusnahkan perikemanusiaan.
Di negara kita ini, terdapat ramai manusia yang berpoerasaan dan berperangai demikian.
- Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.