Saturday, November 5, 2011

SAJAK


MASIH DIJAJAH


Sabarlah kalian ikut perintah Allah,

Jangan ikut orang berdosa,

Mereka tidak beriman. (Quran, Ad Dahr:24)

Jika semua ruh Melayu lebih 500 tahun kembali,

Bertanya: ”Masih kukuhkan Islam kalian,

Atau mundur bawah Prtugis.

Kristian,

Laksanaka kami dulu,

Negara apakah bumi semenanjung Melayu ini,

Islamkah atau Kristian?”

Apakah madah jawapan para pemimpin Melayu,

Lemah lumpuhkah semua Melayu,

1957 bumi semenanjung ini merdeka,

Melayu masih dayus bawah kapitalisme,

Bawah kuasa bertunjangkan Kristian dan Yahudi.

Semua pemimpin Melayu,

Politik kapitalis dan sosialis, racun;

Bagi umat Islam di dunia,

Laung merdeka menguak awan,

Tetapi masih dijajah jua.

Semua pemimpin Melayu,

Kembali kepada Allah,

Ikut perintah Allah,

Bena negara kalian dengan Islam,

Agar jiwa dan fikiran tidak dijajah,

Kalian dan semua Melayu merdeka.

A’ Famosa Melaka .................Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.