Saturday, November 12, 2011


SAJAK


NASI KANDAR

Medan nasi kandar beratur,
Pulau Pinang,
Kambing, daging dan tulangnya,
Lembu, dagingnya,
Ayam dara, dagingnya,
Ikan, ketam dan udang,
Kuah bermacam warna,
Nasi putih  berendam,
Macam limbah.

Gadis manis sedang kunyah,
Nasi kandar,
Wajahnya merah dalam cahay lampu kota,
Dia bersumpah,
Tak akan makan nasi kandar,
Takut benar dia,
Mukanya jadi layar jerawat batu.

Lelaki tua,
Islam orangnya,
Berdoa panjang,
Sepasang tanganya,
menjulang malam dewasa,
“Makan yang halal,
ingatkanAllah,
Allah murahkan rezeki,
Rezeki halal,
Riba rasuah, haram,
Kita orang Islam.

Lelaki kaya bersama isterinya,
Muda amat,
Tercekik nasi kandar,
Dalam terowong lehernya,
Dia sedar,
“Aku dah amal rasuah, riba,
Banyak, banyak,
Aku kaya raya,
Aku takut mati,
Isteriku muda,
Aku nak makan lagi,
 Nasi kandar,” kata hatinya.

Nasi kandar pedas,
Siksa perut yang makanya,
Tapi, mamak Kandar keramat dulu,
Tinggalkan anak cucunya,
Tanpa ganja,
Tanpa popy seed.
Ada nama seluruh benua,
Pulau Pinang oh! Pulau Pinag.

         Masjid Kapitan Keling.......... Mokhtar Petah               

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.