Monday, November 14, 2011


MASAKAN MELAYU BERBUDAYA

                                   GULAI TEMPOYAK
Pada minggu lalu, saya di Pulau Pinang, dalam sebuah restoran Mamak Tanjung, seorang wanita Melayu bertanya kepada saya, bagaimana cara memasak gulai tempoya.
IKAN
Ikan yang sesuai untuk gulai tempoyak, ialah ikan sungai, di antaranya, patin, sebarau,tengalan, haruah, kelabau dan jelawat.
      RAMUAN
      1 . Serai, 2 - Lengkuas, 3 - Kunyit, 4 - Bawang merah, 5 - Cili api.
(Semua itu disesuaikan sebanyak mana ikan hendak di masak tumbuk hingga lumat).
      SANTAN KELAPA DAN GARAM
       Setelah semuanya ditumbuk lumat, masukkan ikan dalam periuk dan gaul dengan rencah atau ramuan tersebut.Masukkan santan kelapa dan garam, sekadar cuku rasa.
     TEMPOYAK
     Gaulkan tempoyak dengan ikan dan rencah. Kalau mahu kuah pekat, masukkan banyak tempoyak.
      ASAM GELUGUR
      Masukkan dua atau tiga keping asam gelugur.
      TAMBAHAN
        Boleh di masak dengan: Mentimun, tometo muda, petai atau jering.
      (Masakan ini ikut cara orang Melayu Patani).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.