Wednesday, November 9, 2011

BERITA LEWAT

HARGA BARANGAN
Ramai rakyat biasa berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melakukan siasatan terhadap perbuatan curang di jabatan - jabatan kerajaan membeli barangan melalui tender dengan harga yang lebih dari harga sebenar.
Perbuatan itu telah lama mereka mengetahui, tetapi mereka tidak dapat bersuara, tetapi setelah Pengerusi JK Kewangan Parlimen, Datuk Azmi Khalid menyuarakan perkara itu, mereka tersedar atas perbuatan yang merugikan negara itu.
Menurut mereka, jika SPRM mahu menyuasat, perkara itu mudah amat, kerana boleh diteliti harga barangan yang dijaul secara borongan dan runcit dan banding dengan harga yang dibayar oleh jabatan - jabatan kerajaan.

***         ***

JANGAN KE PUTRAJAYA
Seorang politikus Melayu meminta PAS dan parti - parti pembangkan agar tidak lagi menyebut - nyebut; bila menang dalam pilihan raya kebangsaan ke - 13 nanti akan menguasai Putrajaya.
Politikus tersebut berkata, ” Saya harap, kalau parti -pembangkang menang dan berjaya memerintah, tak usah ke Putrajaya, sebaliknya pindahkan jabatan Perdana Menterid dan semua kementerian dari Putrajaya ke bangunan - bangujnan milik kerajaan di Kuala Lumpur.
”Putrajaya milik syarikat gergasi di Malaysia, mengapa buang duit kerana menyewa semua bangunan di sana, sedangkan kerajaan ada bangunan - bangunan sendiri,” tambanya.

***        ***

TANAH PERTANIAN
Semua tanah pertanian, bekas ladang tea milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNPK), di Lenggong,. Boleh disewa oleh syarikat - syarikat untuk tujuan pertanian, demikian sumber dari perbadanan tersebut.
Tanah dalam kawasan itu telah diagih - agihkan kepada anak - anak syarikat  PKNPK untuk dimajukan, tetapi tanah - tanah tersebut boleh disewakan kepada mana - mana syarikat.
Punca memberitahu, setiap satu ekar tanah akan disewan dengan RM250.00 setahun.
Tanah - tanah ladang tea itu telah gagal sejak lama dulu kerana dikatakan kurang pengurusan dan pasaran.

***      ***

ASTRO ULANG TAYANG
Para pengguna pancaran udara dari Astro dalam kawasan Lembah Kelang, Puolau Pinang dan Melaka kecewa dengan sikap Astro kerana menyiarkan cerita - cerita filem dan drama dengan berulang sedangkan pelanggan membayar dengan keadaan tinggi.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.