BUKU SEJARAH
Apabila Mat Sabu dikenakan tuduhan, kerana mengatakan Mat Indera, pejuang kemerdekaan, maka, Kerajaan Malaysia – muzium Negara, Arkib Newgara dan lain patut menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah Malaysia yang boleh dipercayai oleh orang ramai, menjadi pegangan dan panduan mereka.
Penjelasan dan fakta yang patut ditulis:
1 – Benarkah Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, kecuali - negeri Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura.Tetapi, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Saadon Zubir dan semua pejuang kemerdekaan (kanan dan pro Inggeris) dalam ucapan – ucapan mereka telah mengatakan Inggeris telah menjajah Tanah Melayu.
2 – Semua anggota polis termasuk Jungle Scauts pada zaman belum mereka dan terlibat dengan penangkapan terhadap pejuang – pejuang kemerdekaan (kiri anti Inggeris) pejuang kemerdekaan, mereka itu pejuang kemerdekaan.
3 – Benarkah (boleh diterima di sisi agama Islam), bahawa Mat Idera, Rashid Maidin, Abdulllah C.D. , Sahamnsiah Fakeh dan orang – orang Melayu yangn berjuang dalam Rejeimen ke – 10 bersama Parti Komunis Malaya men ganut fahaman komunis dan mereka bukan orang Islam.
4 – Rakamkan, pada masa Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia dan Allahyarham Megat Junid dan Tajol Rosli Ghazali Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah menghadiahkan beribu wang kerajaan kepada Rashid Maidin, Abdullah C.D. dan Abu Samah bersama isteri mereka untuk menunaikan fardu Haji di Mekah.
5 – Rakamkan pengakuan, sama ada Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan semua pejuang kemerdekaan – menentang penjajah Inggeris – dalam parti kebangsaan Melayu Malaya dan Hizbul Muslimin dan mereka yang lain dan partubuhann lain, adalah pejauang kemerdekaan atau tidak.
6 – Adakah Inggeris terpaksa memerdekakan Tanah Melayu kerana kalah menghadapi perjuangan orang Melayu atau kerana gerakan Parti Komunis Malaya atau kerana gerakan umat Islam di sedkluruh bumi Melayu ini. Dan mengapa penjajah Inggeris mendatangkan Sarjan – sarjah Yahudi dari Palestin yang pandai bahasa Arab dan boleh membaca Quran menjadi ketua pasukan SC – Polis Khas – di Tanah Melayu, pada zaman darurat 1948.
Dengan ada buku sejarah itu nanti, maka, orang – orang muda Malaysia akana fahaman fakta sejaraha yang sebenarnya. Dan mereka bolehlah yakin Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh Inggeris.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.