Saturday, September 10, 2011

SAJAK







BERPISAH DALAM GELAP

Adikku,
Sakitnya deritakan seluruh tubuh mu’alimnya,
Hilang daya tarbiah dan menulis hikmah,
Dulu ratusan muridnya di feldaq dan desa,
Siang malam berkesut atas katil tua,
Anak - anaknya mencari makan di merata negara,
Hanya isteriny dengan dua anak barunya,
Bersamanya.

Adikku,
Baru, raya ini aku melenakan diri di rumahnya,
Kulihat adikku dan isterinya,
Siang dihadapan ramai, manja amat isterinya,
Kepadanya,
Duduk berhimpi daging,
Makan bersuap,
Minum bersua manja,
Tapi tersentak semangat jantanku,
Kerana malam gelap tidur mereka terpisah.

Adikku,
Lena dalam kelambu atas katil tua,
Dengkur adikku di luar menyedarkan semua babi liar,
Jauh dari isterinya,
dijarakkan dinding batu dan kayu,
Isterinya tidur dara,
Adikku tidurnya diulik duka kering cinta,
Tika matahari ketawa, cinta mereka berbunga,
Malam memeluk alam berpisahlah dia,
Dari isteri tercintanya.

Adikku,
Aku khuatir amat,
Jika adikku meninggal pada tengah malam,
Tiada siapa mengajar lapaz syahadatnya,
Isterinya berdengkur dalam kamarnya,
Adikku tampa nafas kojol dan tegang tubuhnya,
Kerana mereka ’bercerai’ dalam gelap maya,
Entah ada cinta mereka.

Adikku,
Sabarlah, kerana kita telah dihanyut usia,
Isterimu masih muda,
Mahu tidurnya lena dan selesa,
Hanya ayat - ayat Allah kaubacakan selalu,
Zikirkan Allah ulik dirimu,
Seperti juga aku lanjut usia,
Entah bila, esok atau lusa kita sama - sama,
Mengembara ke alam mulia - baqa.
Kullu nafsin zaiqatul maut.

Putrajaya ...................................Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.