Saturday, July 30, 2011

SAJAK






RAMADAN TIBA LAGI

Ramadan,
Allah menghantarmu ke sini,
Kau bujang bukan duda,
Memeluk tubuh jahil ini,
Di celah ketiakmu ke sujud,
Kepada Allah Maha Kuasa.

Ramadan,
Di dadamu kukenang semua rakan,
Sultan Yusuf dan Sultan Idris,
Raja negeri ‘biji Timah’,
Ikrab mereka padaku,
Kudoakan mereka di syurgaMU.

Ramadan,
Tunku Abdul Rahman putra raja,
Abdul Razak anak Melayu di Kuala,
Kukenang sepanjang Ramadan,
Kalian rakan dan pemimpin bangsa,
Jasa kelian terpahat di langit zaman.

Ramadan,
Kuharapkan reda Allah,
Najib dan Hadi sedar beriman,
Cantumkan kembali padu bangsa,
Usah ‘gilakan’ kuasa,
Nanti kalian jadi ‘Pak Kaduk’ jua.

Ramadan,
Di ubunmu kudoa ke dada Maha Pencipta,
Padukan bangsaku seagama,
Islam agamaMu, Allah,
Jangan jadikan kami bangsa derhaka,
Elakkan kami dari neraka.

Larkin, Johor Bharu ...............Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.