MAZHAB:
Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. – sama ada belum hijrah mahupun sepanjang pemerintahan Junjungan di Madinah dan sekitarnya, tidak wujud mazhab. Perintah ungtuk mengikut mazhab tidak ada dalam Quran dan Hadis atau Sunnah.
Dalam agama Islam, tidak ada peraturan, sama ada dalam Quran mahukun dalam Hadis Rasul Allah, Muhammad s.a.w. mewajibkan umat Isalam mengikut mana – mana mazhab.Dalam Quran Allah subhanahu wa Taala
Mazhab adalah pertubuhan atau organisasi yang telah diwujudkan semenjak pada zaman pemerintahan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. hinggalah kepada zaman sebelum Tanah Suci Makkatul mukarramah di takluk oleh kerajaan Ibnu Saud atau Saudi.
Semua muzhab atau organisasi berdasarkan Islam ditubuhkan setelah berlaku beberapa perkara yang menjadikan umat Islam keliru, pertikaian dan perpecahan akibat fahaman atau pegangan terhadap keyakinan, iktikad, hukum dan termasuk siasah atau politik yang memihak kepada para khalifah Islam dan yang menentang khalifah.
Mazhab tumbuh dengan dua tujuan, iaitu:
1 – Dengan kehendak ketua pemerintah atau khalifah,
2 – Oleh para ulama yang sedar akan keadaan iktikad
disebabkan kekuasaan pihak yang memerintah.
Setelah pemerintah – pemerintahan Islam jatuh dan negara - negara Islam ditakluk oleh penjajah – penjajah kuffar, seperti Inggertis, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain, maka, mazhab di kalangan umat Islam yang dijajah telah digunakan oleh penjajah untuk mengekang ketua raja umat Islam dan rakyat mereka.
Inggeris yang memerintah Tanah Melayu, telah membenarkan orang Melayu mengamalkan hukum – hukum Islam, seperti keluarga Islam, nikah dan cerai, faraid atau harta pusaka dan semua hukum mal atau sivil, tetapi tidak membenarkan mengamalkan hukum – hukum hudud atau hukum dalam bidang jenayah atau hudud.
Penjajah Inggeris telah menggunakan nasihat dan paksaan ke atas Raja – raja Melayu, iaitu tidak boleh mengamalkan sepenuhnya mazhab Ahlus sunnah wal Jamaah. Contohnya, tidak boleh mengamalkan kaedah tiga imam dalam mazhab tersebut, iaitu Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Hanya boleh mengamalkan kaedah Imam Shafie.
Penjajah Inggeris melalui penasihat agama islamnya, bahawa kaedah Imam Shafie sesuai diamalkan oleh orang Melayu, kerana kaedah imam tersebut, banyak sabar, tidak mementingkan jihad dan pendeknya bertlemah lembut dalam semua perkara, walaupun dipaksa, dipijak dan disiksa oleh orang lain atau oleh penjajah Inggeris sendiri.
Kerena negara Persekutuan Tanah Melayu, kemudian dinamakan Malaysia, menerima kemerdekan dengan banyak menggunakan perlembagaan dan undang – undang ciptaan penjajah Inggeris, maka, hingga pada masa ini negara Malaysia mengamalkan kaedah Imam Shafi.
Hanya sebuah negeri di Malaysia, iaitu Perlis, tidak mengamalkan mana – mana mazhab, sama ada mazhab Imam shafie, Mazhab Imam Maliki, mazhab Imam Hanafi, mazhab Imam Hambali dan mazhab – mazhab lain. Setelah mendapat nasihat dan fatwa dari salah seorang ulama di negeri Perlis, Sheikh Abdu Bakar Ashaari - Gerakan Islah Perlis - , maka, pada tahun 1974, negeri tersebut di bawah Menteri Besar, Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim, maka, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Undang – Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis dan diperkenan oleh Raja negeri tersebut, menguatkuasakan menggunakan aliran atau kaedah Ahlus sunnah wal Jamaah, seperfti pada zaman Rasul Allah, Muhjammad s.a.w., iaitu berdasar atau mengikut Quran, Sunnah dan para sahabat Junjungan Muhammas s.a.w. sahaja.
Undang – Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis, 1964, Bahagian 2, Ceraian 7 (4) adalah seperti berikut:
‘Tatkala Majlis mengeluarkan suatu fatwa dan Jawatankuasa Syariah memberi pendapat ... maka hendaklah badan itu mengiku al Quran dan Sunnah Rasul Allah (s.a.w.): Tetapi sekiranya pendapat atau alasan – alasan itu berlawanan dengan faedah umum, maka Majlis dan Jawatankuasa Syariah henbdaklah mempersembahkan fatwa dan pendapat itu kepada Raja pemerintah untuk mendapat keputusannya.’[1]
Berhubungan dengan ketetapan Rasul Allah, Muhammad s.a.w., bahawa umat Islam mesti berpegang kepada kaedah (bukan mazhab) Ahlus sunnah wal Jamaah – Apa pengikut Sunnah Rasul allah dan (mengikut) para sahabat Junjungan, adalah seperti berikut:
(Hadis)
Wallazi nafsi Muhammadin biyadiHi lataftariqu ummati ‘ala thalathin wa sab’in firqatan fa wahidatun fil jannati wa thittani wa sab’un fin nar, qil: Man hum ya Rasaulullah? Qala: Ahlus sunnah wal jamaah.
Demi Allah yang memegang jiwa saya Muhmmad di tanganNya, umatku akan berfirqah – berpecah – sebanyak tujuh puluh tiga firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.
Para sahabat bertanya: Siafa firqah (yang tidak masuk neraka) itu hai Rasul Allah?
Rasul menjawab: Ahlus sunnah wal jamaah.
– Perawi: At Tabrani.
Ahlus sunnah wal jamaah telah wujud pada zaman Rasul Allah Muhammad s.a.w. lagi, iaitu, bukan sebuah mazhab. Tetapi pada abad ke 3 Hijrah, wujud mazhab Ahlus sunnah wal jamaah yang dipelopori oleh ulama besar, Syeikh Abu Hassan ‘Ali Asy Syaari (lahir di Basarah, pada tahun 260 H dan meningga pada tahun 324H).
1 – Ahlus sunnah wal Jamaah – Sunni
Mazhab ini diambil dari kaedah Ahlus sunnah wal jamaah pada zaman Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam yang berpedoman atau mengikuti Hadis berikut ini:
(Hadis)
Fainnahu ya’isyu minkum min ba’adi fa sayara itilafaan katghiran fa aalaikum bi sunnati wa sunnatil khulafaur rasyidina tamassakuu biha wa ‘udhdhuu ‘alaiha bin nawajiz.
Maka, bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antara kalian niscaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Pada ketika itu pegang teguhlah Sunnah saya, dan sunnah para khalifah rasyidin yang diberi hidayat. Pegang teguhlkah dan gigitlah dengan geramham kalian.
- Perawi: Abu Daud
Pada abad 111 Hijrah Rasul Allah Muhammad s.a.w., mazhab yang berdasarkan hadis dan beberapa hadi lain telah ditubuhkan mazhab yang para ahlinya terdiri dari para ulama yang yang bepegang kepada sunah – sunah tersebut dan diketuai oleh Syeikh Abu Hassan Ali Asya’ari (260H – 324H) dan di namakan Mazhab Ahlus sunnah wal jama’ah.
Sheikh Abu Hassan Ali Asy Syaari menubuhkan mazhab Ahlus sunnah wal jamaah kerana menolak atau menentang beberapa mazhab yang memekaedah keimanan atau iktikad berlain dari kaedah Ahlus sunnah wal jamaah yang telah diungkapkan oleh Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Pada masa dulu hingga kini, ada orang yang menamakan para ahli atau pengikut mazhab Ahlus sunnah wal jma’ah sebagai ‘ahli jemaah Asy Sya’ari dan ada yang menamakan Sunn, Sunny atau Sunniyun.
Ulama Usuluddin yang terkenl, Abu Mansor Al Muturidi Samarqand, pada tahun 333 H. 9 tahun terkemudian dari Imam Abu Hassan Ali Asya Syaari. Mazhab tersebut bersesuaian dengan pegangan atau kaedah Ahlus sunnah wal jama’ah empat imamumat Islam yang masyhur, iaitu:
Kemudian empat ulama besar menjadi pendukung Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah, iaitu:
1 - Imam Abu Hanifah an Nu’man (Kufah, 80 –150
Hijrah). Mazhab kecil dari Ahlus sunnah wal jamaah,
iaitu: Mazhab Imam Hanafi.
2 - Imam Abu Abdillah Malik bin Anas (Madinah, 94 –
179 Hijrah). Mazhab kecil dari Ahlus sunnah wal
jamaah, iaitu: Mazhab kecil Imam Maliki.
3 - Imam Muhammad ibnu Idris asy Shafie (150 – 203
Hijrah). Mazhab kecil Imam Shafie.
4 - Imam Abdillah Ahmad bin Hambali (Baghdad, 164 –
241 Hijrah) Mazhab Kecil Imam Hambali).
Mazhab Ahlus sunnah wal jama’ah dan empat mazhab kecil bersamanya perpegang teguh pada rukum iman yang enam, iaitu:
a. Berimankan Allah Taala,
b. Beriman dengan para malaikat Allah,
c. Beriman dengan kitab – kita Allah,
d. Beriman dengan para Rasul Allah 25 orang,
e. Berimankan ada hari akhirat – syurga dan neraka,
f. Beriman kadha dan kadar.
Hadis Rasul Allah Muhammad s.a.w.
(Hadis)
An tu’minu billah wa malaikatih wakutubihi warusulihi wal yaumi akhiri wal qadri khairihi wasyar rihi.
Briman kepada Allah, para malikat, kitab – kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan qadar baik dan buruk.
-Perawi: Muslim
2 - Bahaiyah
Sebuah mazhab atau organisasi yang diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan agama Islam dengan agama Yahudi dan Kristian. Tujuan utama , ialah untuk melamahkan Islam dan mengembang dan menguatkan agama Yahudi dan agama Kristian di seluruh dunia.
Fahaman Bahaiyah berkembangan di kalangan kaum bermazhab Syi’ah Imamiyah di Farsi (sekarang Iran), pada kira – kira tahun 18.00 Masihi. Mazhab ini dipimpin oleh seorang ulama bermazhab Syi’ah, Mirza ‘Ali Muhammad (meninggalk dunia 1953 Masihi). Pada masa hayatnya dan memimpin mazhab ini, dia telah mengakui dirinya seorang yang bertaraf Ahlul bab , ertinya, pintu atau orang intelektual atau cendekiawan. Sesunguhnya, kalangan kaum bermazhab Syi’ah mengakui ‘pintu’ yang menghubungan mereka dengan para iman yang telah ghaib dan akan menjelma pada akhir zaman.
Mirza ‘Ali Muhammad mengakui dan mengumumkan kepada kaum bermazhah Syi’ah pada zamannya, bahawa dia, adalah pintu bagi menghubungan umat manusia bermazhab Syi’ah atau umat Islam dengan imam yang ghaib yang ditunggu kedatangannya pada akhir zaman. Para iman itu, ialah para khalifah atau ketua pemerintah pada zaman Nabi Musa alaihis salam, Nabi Isa alahis salam, Rasul Allah,Muhammad sallallahu alaihi wa sallam dan Imam Mahadi.
Mirza ‘Ali Muhammad yang amat kuat berpegang Syyidian Ali, adalah orang yang sebenar mengganti Rasul Allah, Muhammad s.a.w. setelah wafat sebagai pemimpin pengganti dan bukan sahabat utama, Syyidina Abu Bakar As Siddiq, berpegang kepada Hasid Rsul Allah, Muhammad s.a.w., iaitu:
(hadis)
Ana madinatul ilmi wa ‘Aliyun babuha.
Sayalah kota ilmu dan ‘Ali pintunya
Para pendukung mazhab ini berpendirian, bahawa agama Yahudi, Kristian dan agama Islam adalah agama Allah, maka, pagtutlah ketiga – tiga agama tersebut di satukan menjadi agama antarabangsa.
Pendapat atau fatwa Mirza ‘Ali Muhammad tentang oenyatuan tiga agama, Yahdi , Kristian dan Islam, telah mengelirukan umagt Islam di Farsi pada zaman itu. Dia telah ditangkap dan dihukum bunuh oleh kerajaan Farsi pada tahun 1853 Masihi.
Mazhab Bahiyah berlawanan dengan Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah. Para ulama mazhab tersebut menganggap para pendukungh dan pengikut Mazhab Bahaiyah telah terkeluar dari agama Islam.
Mazhab Bahaiyah ini masih wujud di negara – negara di Eropa, India dan lain. Banyak buku pengetahuan mazhab tersebut diterbitkan dalam bahasa Inggeris di England, Amerika dan negara – negara lain.
3 - Jabariyah
Mazhab Jabariyah telah diwujudkan oleh seorang alim bernama Jahan bin Safwan pada abad II Hijrah hingga ke pertengahan abad III Hijrah. Imam mazhab ini, Jahan bin Safwan, ialah murid ulama Ja’ad bin Dirham, iaitu yang berpegang kepada fahaman, bahawa Quran ialah makhluk dan Allah tidak mempunyai sifat seperti iman kaum yang mengikut mazhab Ahlus sunnah wal jamaah.
Ulama ini telah dihukum bunuh oleh penguasa, iaitu khalifah pada tahun 124 Hijrah, kerana fatwa – fatwanya yang berlawanan dengan Islam.
Mazhab Jabariyah berpegang kepada kuasa allah semata, iaitu, semua manusia adalah ‘majbur’, iaitu ‘terpaksa’ – dipaksa oleh Qudrat Allah.Masnusia tidak mempunyai daya dan ikhtiar, semua perbuatan manusia adalah dengan kuasa atau kudrat Allah. Manusia disifatkan sebagai bulu ayam yang terbang di udara yang dibawa angin atau seperti puntung kayu hanyu di tengah laut, dibawa air.
Para pengikut mazhab ini berpegang kepada keyakinan, iaitu manusia yang melakaukan kejahatan tidak berdosa, kerana pada hakikatnya yang mereka lakukan itu bukan kuasa mereka, tetapi kuasa Allah.
Mereka berpendapat dan percaya, bahawa semua kajahatan yang dilakukan oleh umat manusia adalah oleh Allah. Maka, apa jua kejahatan yang mereka lakukan tidak berdosa, kerana Allah yang melakukanya.
Mazhab Jabariyah berpegang teguh kepada ‘wahdatul wujud’ – yang ada, hanya satu, iaitu Dia – Allah.
Kepercayaan Mazhab Jabariyah berlawanan dengan pegangan Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah, iaitu, semua kejadian dan perbuatan itu kerana Allah, tetapi Allah menjadikan manusia berikhtiar. Manusia menjalankan ikhtiara dan berusaha.
Firman Allah:
(Quran)
Baginya (manusia) apa yang diusahakan (upah atau pahala) dan atanya (manusi) apa yang diusahakannya (hukuman atau dosa).
– al Baqarah:286
Mazhab ini ada 1 aliran sahaja.
4 - Khawarij 20 aliran
Mazhab Khawarij, iaitu kaum yang keluar, mula wujud setelah berlaku peperangan Siffin, iaitu peperangan antara pasukan Khalifah Syyidina Ali karamatullah dengna pasukan Mu’awiyah, di suatu tempat bernama Siffin, iaitu di Iraq, pada tahun 37 Hijrah.
Peperangan tersebut dipandang besar oleh umat Islam. Kira – kira 25,000 orang askar pihak Syyidina Ali Karamatullah telah terkorban dan lebih kurang 45,000 orang askar pihak Mu’awiyah telah terkorban. Pepererangan tersebut dianggap satu bala yang besar bagi umat Islam dalam abad – abad yang awal.
Dalam peperangan itu, pihak Mu’awiyah hampir kalah. Mu’awiyah ada muslihat politiknya. Dia mengarahkan beberapa orang tenteranya mengikat beberapa mushaf – Quran – ada hujung beberapa batang tombak dan mereka menyeru agar berhenti berperang dan meminta berdamai atau bertahkim.
Pada peringkat awal Syyina Ali tidak mahu menerima permintaan pihak Mua’wiyah itu, kerana dia telah menyangka, bahawa Mu’awiyah ada muslihat dalam peperangan. Oleh kerana ada beberapa orang di pihak Syyidina Ali meminta dia menerima permintaan Mu’awiyah itu, maka, dia tgurut kemahuan mereka.
Walaupun demikian, sebahagian lagi pengikiut Syyidina Ali tidak setuju menerima permintaan Mu’awiyah cara tahkim itu itu. Mereka menganggap orang yang meminta perdamaian pada waktu peperangan, adalah orang yang tidak yakin akan kebenarannya. Mereka mahu mengikut hukum Allah, iaitu siapa yang melawan khalifah yang sah (Syyidina Ali) mesti dilawan hingga ketitisan darah yang akhir.
Memanglah, Mu’awiyah menentang Syyidina Ali, kerana dia mahukan jawatan khalifah Islam yang dipegang oleh Syyidina Ali itu.
Setelah mengadakan perdamaian atau majlis tahkim, Mu’awiya telah melakukan kecurangan kepada Syidina Ali. Mua’wiyah berjaya memegang jawatan Khalifah. Ertinya, Syyidina Ali kalah oleh tipu muslihat Mu’awiyah.
Kira – kira 12,000 orang askar sebelah Syyidina Allah tidak setuju dengan perdamaian tersebut dan mereka telah meninggalkan Syyidina Alia serta bencikan sikap khalifah tersebut. Metrreka berangka ke kawasan yang bernama Harura’. Menjauhkan diri dari Syyidina Ali, iaitu keluar dari Khalifah baru, Mu’awiyah dan bekas khalifah, Syyidina Ali.
Golongan Khawarij yang telah berjuang atas nama sabilullah danmenegak kebenaran itu, setelah Syyidina Ali mengalami kekalahan di bawa tiupu daya Mu’awiyah, maka, mereka mengambil langkah untuk menentang Syyidina Ali bin Abi Talim, khalifah Mu’awiyah dan Umru ibni ‘Ash.
Pemberontakan golongan Khawarit telah berlaku. Syyinina Ali dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan, tetapi khalifah Mu’awiyah dan Umruibni ‘Asha tidak dapat dibunuh.
Setelah berlaku kejadian yang memecah belahkan umat Islam itu, maka golongan Khawarij telah menanakan golongan mereka itu sebagai ‘al qaumusy syurah’ - kaum syurah - , iaitu kaum yang berjuang an mengorbanakan diri atas jalan Allah dan kepentingan Allah serta mencari keredaan Allah.
Mereka berpegang kepada firman Allah:
(Quran)
Dan di antara umat manusia ada yang mengorbankan dirinya disebabkan mencari keredaan Allah.
– Al Baqarah: 207
* Mazhab ini ada 20 aliran
[1] Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Islah di Perlis Sejarah Dan Pemikiran, 1989, Kuala Lumpur, Penerbitan Pena Sdn.Bhd.
(Disunting dari manuskrip buku, Ilmu Tasawwuf, Ibadat Hamba Kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.