Ramai orang yang mempertikaikan erti rasuah. Ada yang mencari jalan cara berfikir sendiri atau fikiran orang lain, supaya perbuatan itu menjadi halal dan hasil rasuah juga halal. Ada yang membawa kepada kebudayaan dana dat istiadat sebagai alasan bagi menghalalkan perbuatan dan hasil tersebut.
Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah, telah bertitah kepada saya, bahawa makan suap atau rasuah, ialah memberi sesuatu kepada orang yang memegang kuasa dalam kerajaan dan swasta dengan tujuan untuk mendapat bantuan atau pertolongan daripadanya bagi mendapatkan sesatu dari kerajaan dan syarikat swasta.
“ Yang terima salah, yang beri pun salah juga, kerana perbuatan itu salah dan berdosa, dilarang oleh Allah dan Rasul-nya,”tidak Baginda.
Titah Baginda lagi, “ umpamanya, sultan, macam teman ni, terima duit dari orang yang teman akan berikan gelaran atau bintang kebesaran, namanya rasuah juga, menteri besar terima duit dari orang yang mendapat tanah yang di luluskannya rasuah juga.”
“To kadi, tok imam terima duit dari pasangan yang hendak kahwin kerana deme tu meluluskan hahwin tu, rasuah juge, “Titah Baginda lagi.
BAHAYA KEPADA KERAJAAN
Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman berkata kepada saya, “…saya ka, siapa-siapa sampai tukang sapu sampah atas jalan, kalau terima rasuah tak selamat hidup, Allah kenakan bala.”
Hakim terkenal, Allahyarham Tun Muhammad Sufian bin Haji Hashim telah berkata, Rasuah (corrupt) bahaya kepada kerajaan, rakyat…mesti dihapuskan.
“...tapi perbuatan ini dah jadi amalan dari kalangan istana, pengamal undang-undang hingga kepada ketua kampung dan buruh cuci longkang.”
Pada zaman Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein; seorang rakan saya – Menteri Besar di sebuah negeri, telah berkata kepada saya, “…I tereima duit ni (dalam tas kulit kira-kira RM500,000) dari taukeh tu, bukan rasuah, duit ni hadiah kerana I tolong dia luluskan….kepada dia.”
“Apabila Tun Abdul Razak, dia telah mengarahkan menteri besar itu memulangkan balik wang itu kepada pemberinya, kalau tidak dia akan mengambil tindakan atas menteri besar itu.
Tafsiran rasuah menurut Undang-Undang Negara Malaysia, sila baca dalam Akta Mencegah Rasuah, dalam ‘ Tafsiran Rasuah’ di muka surat lain.
CENGKAMAN PENJAJAH POLITIK
Menurut beberapa orang ulama Islam terkemuka, di antaranya Imam Ghazal, bahawa tumbuk rusuk,makan suap atau sogokan – rasuah -, hukumnya haram. Mereka membuat hukum berdasarkan firman Allah dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:
Mereka mendapat kehinaan di dunia, dan di akhirat (terpaksa) menerima azab yang besar. Mereka yang mendengar untuk berdusta dan memakan yang haram (rasuah).
Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah dan penerima
rasuah.
Jika pemberian atau anugerah (dalam apa saja bentuk wang, kebendaan dan budi atau perbuatan) daripada raja-raja pemerintah (termasuk khalifah, presiden, perdana menteri dan sebagainya kepada rakyat jelata dengan tujuan-tujuan tertentu (supaya menyanjung, menyokong, tidak menentang, mendiamkan diri atas tindakan buruknya, mendapatkan undi dalam pemilihan dan seumpamanya) dinamakan rasuah.
Misalnya raja pemerintah atau pemerintah mengambil orang alim bekerja atau dalam kerajaan dengannya dengan tujuan orang alim itu tidak menegur,mengkritik atau menentang keburukannya. Pere buatan itu rasuah.
Rakyat jelata memberi sesuatu atau melakukan kebaikan kepada raja pemerintah atau pemerintah dengan tujuan-tujuan tertentu, seperti untuk mencapai hajatnya, maka hadiah dah perbuatan itu termasuk dalam rasuah juga.
Bertolak dari memahami pendapat di atas ini, maka nyatalah, bahawa perbuatan rasuah amat bahaya kepada sesebuah negara dan rakyat jelata. Ada beberapa buah negara di dunia ini berada di bawah cengkaman penjajah politik atau penjajah ekonomi atau pun golongan Mafia dadah – rakyat jelata menderita, kebuluran dan papa kedana -, adalah disebabkan pemimpin atau orang-orang yang berkuasa di negara-negara itu mengamalkan rasuah.
Perhatikan perbuatan – perbuatan berikut ini yang dihitung dalam kejahatan atau keburukan rasuah:
1. Seorang raja pemerintah memberi hadiah kepada ketua kampung supaya ketua kampung memujuk bapa kepada si gadis bersetuju menyerahkan anaknya untuk menjadi isteri atau gundik raja tersebut.
2. Perdana Menteri ataupemrintgah memberi sehelai kain batik atau apa-apa benda kepada seseorang, penduduk, orang ramai dengan tujuan supaya mereka itu mengu ndin partiny atau menyokong kerajaanya.
3. Seorang pemburu menghadiahkan sekor kijang kepada seorang pegawai polis dengan tujuan supaya pegawai politik itu meluluskan lesen senjata apa kepadanya.
4. Pendatang asing - seorang perempuan muda jelita -, menyerah tubuhnya kepada seorang pegawai imigresen untuk disetubuhi dengan tujuan mendapat pertolongan daripada pegawai itu melindunginya.
5. Seorang petani memberi sekilo sayuran kepada seorang pegawai pertanian dengan tujuan supaya pegawai itu meluluskan permohonannya mendapatkan benih tanaman dari kerajaan.
6. Seorang guru menerima sebatang pena dari pelajarnya kerana pelajar itu meminta dia meluluskannya untuk mendapat biasiswa atau melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
7- Guru besar atau guru-guru sesebuah sekolah makan belanja
(percuma) pengusaha kantin sekolah itu kerana guru besar
meluluskan tender kantinnya.
8-Mufti atau kadi menerima seekor ikan atau haiwan dari
seseorang kerana dia menghukumkan ikan atau hiwan itu
halal.
9. Seorang wasi (penerima wasiat) Menghadiahkan
menghadiahkan sesuatu, hatta sebatang rokok kepada
pemegang amanah bapa kepada wasi itu agar, dia
mengubah kata-kata wasiat atau melebihkan pemberian
harta kepada wasi itu.
10. Seorang imam membaca ‘Yasin’ atau ‘sembahyang hajat’ bagi pihak pegawai dengan tujuan pegawai itu melepaskan dia dari sesuatu kesalahan.
11. Seorang pengarah syarikat syarikat memberi telefon bimbnit kepada seorang pegawai bank supaya diluluskan pinjaman.
12. Seorang kontraktor memberi alat perkakas golf atau bakul bertutup mengandungi makanan kepada menteri, pegarah dan sebagainya dengan tujuan kontraknya diluluskan.
13. Ahli politik menghantar orang-orang partinya untuk mengerja-kan ibadat umrah atau haji ke Merkah dengan tujuan supaya mereka mengundinya dalam pemilihan di mesyuarat agung atau mesyuarat agung khas partinya.
14. Mengadakan jamuan hari raya dan menjemput jiran tetangga atau ali-ali parti dengan tujuan supaya mereka mencalonkan atau mengundinya dalam parti atau pilihan raya.
15 eorang bapa mengahwinkan anak lelaki atau anak perempuannya dengan anak seseorang pembesar dengan tujuan pembesar itu akan menolongnya mendapat apa yang diperlukan di bawah kuasa atau pengaruh pembesar itu.
Bagi orang Islam, semua hasil dari perbuatan rasuah – wang, harta bergerak dan tidak bergerak -yang diterima bagi dirinya dan diuntukkan (menanggung) pula kepada isteri, anak-anak dan ibu bapanya serta tanggungnya, hukumnya adalah haram. Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti berikut:
Bahawasanya sesuatu yang halal itu jelas, dan yang haram juga jelas, di antara kedua-duanya ada yang samar-samar, yang kebanyakan aman usia tidak mengetahui. Maka sesiapa yang menjaga diairinya dari yang sama-samar (syubhah) itu, maka dia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar (syubhah) bererti dia telah jatuh ke dalam hal yang haram.
Ingatlah bahawa dalam tubuh itu ada sebuku daging (hati), apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu, dan jika daging itu rosak (busuk), maka rosaklah seluruh tubuh itu.
Berdasarkan Hadis Nabi Muktamad s.a.w. di atas ini,maka kerana hasil dari rasuah itu haram, wang dari hasil tersebut haram digunakan untuk amal kebajikan ( membantu masjid, anak yatim,kebajikan umat Islam dan segala yang makruf) dan amal ibadatnya sama ada fardu,wajib atau sunat (sembahyang, puasa,zakat dan fitrah, haji dan umrah.) Sesuatu ibadat kepada Allah dengan menggunakan hasil haram dan isi perut,daging,darah,otak dan hati dari yang haram, maka ibadat itu tidak diterima oleh Allah dan tidak sah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya seperti berikut:
Allah tidak menerima sembahyang seseorang yang dalam perutnya makanan yang haram.
Negara kita adalah sebuah Negara Islam yang berkonsepkan Islam Hadhari, maka jika masih menerima pemimpin, penguasa, pegawai dan kaki tangan kerajaan dan siapa sahaja melakukan rasuah – tidak diambil tindakan untuk menghukum dan menyingkirkannya,maka amat khuatir negara tidak akan mencapai maksud seperti firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud:
Makanlah rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya! Negara bertuah dan Allah Pengampun (memberi pengampunan).
Walaupun negara kita kaya raya dengan hasil bumi, pertanian, hasil bumi, industri dam berbagai lagi,iaitu makmur, tetapi kerana mengamalkan segala yang haram,seperti rasuah, maka Allah tidak mengampunkan, sebaliknya ditimpa bala dengan berbagai cara, di antaranya berlaku tidak jujur tidak jujur atau tidak amanah di kalangan orang-orang yang diberi amanah dalam kerajaan,syarikat,bank dan sebagainya. Wang berjuta-juta hilang, membelanjakan wang dengan boros berbagai-bagai malapetaka dan kemalangan.
Taman.
(Disunting dari manuskrip buku ‘Pencegahan Rasuah’, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.