Sastera dan durian,
‘Yang hilang yang datang’,
Novel falsafah budaya bangsa,
Karya Mat Ha Ezad,
Toh Maharaja Indera,
Orang Besar Enam Belas,
tinggal di desa peninggalan ayah,
Malam memerah fikir,
(mungkin) Pada subuh cari durian.
Sastera dan durian,
Di laman rumah gedangnya,
Padang Rengas gedung sejarah,
Saya dan isteri,
Bersama para tetamu paria dan wanita,
Di jamu durian masak,
Bubur atau pengat durian berpulut,
Lazat dan sedap nikmat Allah.
Sastera dan durian,
Pengarang ini,
Nama daultanya;
Dato’ Haji Khairuddin Arshad,
Ketua I Lembaga Pembangun Sastera Perak,
LEPAS nama gemilangnya,
Beliau bekas pegawai tinggi,
Di bawah Kementerian Pendidikan,
Sementara meniti ke hujung usia,
Beliau berkhidmat untuk bangsa mulia.
Sastera dan durian,
Pada hari penubuhan LEPAS, 1951,
Antara para pelopornya,
Asri Muda, Zulkifli Muhammad,
Ahmad Judin, Omar Nurdin, Yahaya Arif,
Rahimah Rajis, Azmir dan Ahmad Arif.
Makan durian dari Padang Rengas,
Di kampung Talang,
Sejak pagi hingga hamipr senja pada Ahad (semalam) saya dan isteri menjadi tetamu Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), yang mengadakan Majlis Sambutan Jubli Intan 60 tahun LEPAS dan 40 tahun GAPENA, di Kuala Kangsar.
Majlis tersebut dihiaskan dengan ceramah:LEPAS,perjuangannya hingga 1965, oleh: Saharodzi bin Ramli dan LEPAS Dalam Kegiatan Gapena, oleh: Yusuf Bakar.
Sasterawan, Prof. Madya Dr. Talib Samat dari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, telah mengulas buku karya Pengerusi I LEPAS, Dato’ Haji Khairuddin bin Arshad – Mat Ha Ezad, YANG HILANGB YANG DATANG.
Saharodzi bin Ramli dalam ceramahnya telah menghuraikan sejarah LEPAS, iaitu sejak ditubuhkan pada tahun 1951 hingga pada tahun 1965.Belua berkata: “LEPAS menyingkap kembali corak perjuangan orang Melayu, pada masa itu, terbahagia dua kumpula, iaitu kumpulan kanan dan kiri.”
“Dalam perjumpaan (untuk memuolih aktifkan semula LEPAS) seramai 16 orang di Iskandar Polo Kelab, Kuala Kangsar, termasuklah Hassan Ali (Hasbima – pengarang novel ‘Musafir’), Mior Aris bin Mior Abu Bakar (sebeloum meninggal aholi Exco kerajaan Negeri Perak), Umar Nordin, Mokhtar Petah, Daud Yatimi (Kemudian penerbit buku di Ipoh), Haji Fathil bin Khalid (kemudian wartawan surat khabar Semenanjung), R ashid Ali, Mak Guru ( Cikgu Rahimah Rajis),” tambahnya.
Sebagai ahli peringkat kedua LEPAS, iaitu pada tahun 1960 – an, saya masih ingat, bahawa kata hikmat ‘ Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah di bawah oleh lembaga tersebut ke Kongres Persuratan Melayu 1952.
Pada hari ini, dari jauh, saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua I dan semua ahli Jawatankuasa LEPAS kerana mengundang saya ke majlis tersebut.
Sebagai merakamkan terima kasih dan kenangan, maka mendahului tuloisan ini adalah sebuah sajak ‘ Sastera dan Durian’. – Mokhtar Petah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.