NAFSUAMARAH
(Raja) berkata kepada perempuan yang terhiris tangan masing – masing kerana memandang akan kekacakan Nabi Yusuf: Apakah yang tgerjadi pada ketika kamu mencoba memujuk Yusuf supaya dia menurut kesukaan kamu? Mereka mngatakan: Maka sempurna Allah, tidaklah kami mengetahui kesalahan dari pihaknya (Nabi Yusuf). Perempuan pembersar (Zulaikha) mengatakan: Sekarang jelaslah, yang sebenarnya: Aku yang mencoba memujuk dia (Nabi Yusuf) supaya dia menurut kemahuanku, dan sesungguhnya dia (Nabi Yusuf) termasuk orang – orang yang benar.
Yang demikian itu untuk diketahui, bahawa aku (Nbai Yusuf) tidak pernah berkhianat kepadanya dalam rahsia (sambungan perkataan Nabi Yusuf yang meminta keterangan dari Zulaikha): Dan sesaungguhnya Allah tidak memimpin tipu daya kepada orang – orang yang khianat.
Dan aku tidaklah membebaskan diriku (dari kesalahan), keran sesungguhnya nafsu amarah itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Penguasa (Tuhan)ku. Sesungguhnya Penguasaku Pengampung dan Penyayang.
Dan Raja berkata: Bawalah dia (Nabi Yusuf) kepadaku, aku akan pilih dia untuk diriku sendiri. Kemudian setelah Raja bercakap – cakap dengan dia (Nabi Yusuf), Raja berkata:Sesungguhnya kamu (Nabi Yusuf) pada hari ini ini menjadi mulia (mempunyai kedudukan yang kuat) dan kepercayaan di sisi kami.
Dia (Yusuf) menjawab: Jadikanlah saya Bendahara bumi – Masir – sesunguhnya cukup pengetahuan.
Begiulah kami (Allah) kurniakan kedudukan yang teguh (di bumi Masir) kepada Yusuf, dia dapat menempatkan di mana sahaja disukainya. Kami (Allah) limpahkan kuniaan Kami (Allah) kepada siapa yang kami (Allah) sukai, dan Kami (Allah) tidak menyia – nyiakan pahala kepada orang – orang yang berbuat kebaikan. – Yusuf : 51 – 56.
Baca kembali:
Perempuan (Zulaikha) memang cinta berahi kepadanya ( Nabi Yusuf). Dia (Nabi Yusuf) cinta juga kepada pertempuan itu. – Yusuf:24.
Nafsu amarah. Sila kaji dalam ilmu sufi.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.