Monday, May 30, 2011

MAKSUD AYAT QURAN DAN HADIS





API NERAKA DALAM PERUT

Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan (mengubah atau meminda) apa – apa keterangan dalam kita suci yang diturunkan Allah – Quran - , dan membeli dengannya (mengubah dan meminda itu) mendapat keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka pada hari kiamat, dan Dia (Allah) tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka juga akan mendapat azab yang tidak terperi sakitnya.
Al Baqarah: 174

MENGGUNJING

Dari Walid bin Abdullah bin Syayyad, sesaungguhnya Muttalib bin Abdulah bin Hanthab Al Makhzumi memberitahu kepadanya, bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasul Allah, Muhammad s.a.w.: “Apakah ghibah itu?” Rasul Allah menjawab: Anda menyebut sesuatu yang ada kaitan dengan seseorang dan jika dia mendengan, tidak tidak senang (hati).
Lelaki itu bertanya lagi: “Walaupun perkara itu benar, ya Rasul Allah?” Rasul Allah menjawag: Apabila anda mengatakan yang batil – buruk atau menghina orang lain -, maka yangb begitu adalah suatu pemohongan (berdosa juga).”
– Hadis: Muwaththa’, Imam Malik.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.