RAHMAT DARI ALLAH
Sesungguhnya, Kami – Allah – akan memberi percubaan sedikit kepada kalian seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah – buahan. Dan sampaikan berita gembira kepada orang – orang yang sabar, iaitu orang – orang yang apabila ditimpa cubaan diucapkannya: Sesungguhnya, kami kepunyaan allah, dan kepadaNya – Allah – kami akan kembali. Merekalah orang – orang yang mendapat keampunan, penghormatan dan rahmat dari Allah dan merekalah yang menerima pimpinan yang benar.
– Al Baqarah: 155 – 157.
TANDA – TANDA PADA BADAN
Rasulullan Muhammad s.a.w. memaklumkan: Allah melaknat para wanita yang mengadakan tanda – tanda – yang membekas pada kulit badannya - seperti tato - , para wanita yang meminta dibuat begitu pada badan mereka, wanita – wanita yang mencabut rambut di muka– atas bahagian dagi – mereka dan wanita – wanita yang memotong – memaras – gigi mereka supaya jadi cantik. Mereka melakukan demikian dengan tujuan mengubat ciptaan Allah.
– Perawi: Imam Ahmad
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.